Strategi Majlis Perbandaran Muar (MPM) ke Arah Bandar Rendah Karbon: Cabaran dan Inisiatif

Authors

  • Muhammad Hafiz Fahmi Ismail
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Majlis Perbandaran Muar (MPM), Rendah Karbon, Inisiatif, Muar, Cabaran

Abstract

Konsep bandar rendah karbon (LCCF) kini semakin mendapat tempat dalam pembangunan bandar dan tadbir urus bandar dan kesan perbandaran yang pesat menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim di dunia ini. Aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti proses urbanisasi, pertambahan penduduk dan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan paling ketara dari penggunaan tenaga dan pelepasan gas karbon dioksida berlaku di kawasan perbandaran yang pesat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi atau inisiatif yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) ke arah bandar rendah karbon dan mengkaji isu dan cabaran yang dihadapi oleh MPM ke arah bandar rendah karbon. Majlis Perbandaran Muar (MPM) dipilih disebabkan bandar Muar telah menetapkan wawasan pembangunan sebagai Bandar Warisan, Mampan dan Pintar sekaligus menjadikan bandar Muar sebagai daerah peneraju pembangunan ekonomi wilayah utara negeri Johor menjelang 2030. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Responden kajian ini terdiri daripada pegawai yang terlibat adalah Pegawai Perancang Bandar di Majlis Perbandaran Muar (MPM), Muar, Johor. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa inisiatif dan cabaran yang dihadapi oleh pihak Majlis Perbandaran Muar untuk melaksanakan bandar Muar sebagai bandar rendah karbon. Kajian ini diharapkan dapat membantu untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai inisiatif bandar Muar ke arah bandar rendah karbon di Malaysia

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Ismail, M. H. F., & Mat Radzuan, I. S. (2022). Strategi Majlis Perbandaran Muar (MPM) ke Arah Bandar Rendah Karbon: Cabaran dan Inisiatif. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 708-719. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9683