Impak Covid-19 Terhadap Industri Inap Desa (Homestay) di Daerah Tangkak, Johor

Authors

  • Nur Hazim Shafiq Mohd Shah
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Homestay, Impak Covid-19, Pelancongan, Tangkak, Muar, Inap Desa

Abstract

Malaysia dikenali sebagai negara yang penuh dengan kepelbagaian budaya dan statistik pada 2019 merekodkan sebanyak 458,899 pelancong iaitu RM29.7 juta berjaya diperolehi melalui Program. Program ini menunjukkan keberkesanan yang lebih menonjol apabila pelancong antarabangsa lebih mudah tertarik dengan budaya hidup di kampung namun kebanyakan pengusaha homestay yang menarik diri daripada meneruskan perniagaan ini adalah kerana kurangnya permintaan daripada pelancong tempatan dan pelancong asing. Disebabkan itu, pengusaha terpaksa mencari alternatif lain untuk meneruskan perniagaan kerana tiada pendapatan di dalam pengurusan homestay ini. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan analisis cabaran yang dihadapi oleh pengusaha homestay semasa penularan wabak Covid-19. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji strategi untuk mengatasi masalah pendapatan oleh pengusaha homestay untuk kekal dalam industri homestay. Kajian ini dijalankan di daerah Tangkak, Johor dengan menggunakan kaedah kualitatif di mana data akan diambil dengan cara menemu bual pengusaha seramai 16 orang pengusaha homestay berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia serta 14 berdafat dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa Covid-19 sememangnya memberi impak kepada homestay seperti kekurangan pelancong, dan pengguna homestay dan kemerosotan pendapatan. Hasil kajian juga mendapati bahawa pelbagai strategi digunakan untuk mengatasi kemerosotan seperti menyewakan homestay mereka dan mempromosikan homestay melalui media sosial dan internet.

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Mohd Shah, N. H. S., & Mat Radzuan, I. S. (2022). Impak Covid-19 Terhadap Industri Inap Desa (Homestay) di Daerah Tangkak, Johor. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 694-707. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9682