Manfaat Ekopelancongan Terhadap Ekonomi Sektor Formal dan Informal: Kajian Kes di Pulau Chekas, Raub, Pahang

Authors

  • Mohammad Roszaimin Rosli
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Ekopelancongan, Perniagaan, Sektor formal, Sektor informal, Pulau Chekas, Raub

Abstract

Daerah Raub di Pahang merupakan sebuah daerah yang mempunyai banyak tarikan ekopelancongan seperti Pusat Rekreasi Pulau Chekas, Lata Jarum, Lata Lembik, Lata Berembun, Tanah Aina Fahad, Tanah Aina Farouk, Rock Mountain Resort dan banyak lagi. Namun begitu, kegiatan ekonomi formal dan informal yang dijalankan di Pusat Rekreasi Pulau Chekas masih di tahap yang rendah. Kebanyakan daripada penduduk lokal tidak memanfaatkan peluang yang ada dengan semaksima mungkin. Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu untuk mengenalpasti jenis perniagaan sektor formal dan informal di Pusat Rekreasi Pulau Chekas dan untuk mengkaji manfaat yang diperoleh oleh sektor formal dan informal dengan adanya industri eko-pelancongan di Pusat Rekreasi Pulau Chekas. Skop kajian ini pula memfokuskan kepada peniaga dan pengusaha dalam sektor ekonomi formal dan informal yang dijalankan di Pusat Rekreasi Pulau Chekas yang terdiri daripada penduduk di sekitar Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang. Metodolgi kajian adalah menggunakan dua data iaitu data primer dan data sekunder. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual. Kaedah penganalisaan data yang diperoleh daripada temu bual akan ditranskip. Hasil dapatan kajian pengkaji mendapati terdapat dua jenis perniagaan utama yang dijalankan oleh responden iaitu pengusahaan chalet bagi sektor formal dan penjualan gerai minuman dan makanan bagi sektor informal. Selain itu, sektor formal dan informal mendapat banyak manfaat daripada adanya pusat rekreasi Pulau Chekas ini seperti meningkatkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat memberikan manfaat terhadap penyelidikan akademik mahupun kepada pihak yang berkaitan untuk mendapatakan data di masa akan datang.

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Rosli, M. R., & Mat Radzuan, I. S. (2022). Manfaat Ekopelancongan Terhadap Ekonomi Sektor Formal dan Informal: Kajian Kes di Pulau Chekas, Raub, Pahang. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 679-693. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9679