Keberkesanan Keseimbangan Garisan Terhadap Peningkatan Produktiviti dalam Industri Pembuatan

Authors

  • Nur Asilah Md Yasin
  • Ahmad Nur Aizat Ahmad UTHM
  • Md Fauzi Ahmad UTHM

Keywords:

Keseimbangan garisan, peningkatan produktiviti

Abstract

Masalah keseimbangan garisan merupakan permasalahan yang sering berlaku dalam sistem pengeluaran produk. Permasalahan ini yang menjadi punca kadar pengeluaran sesuatu produk itu boleh merosot dan peningkatan kos pengeluaran meningkat demi memenuhi permintaan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan keseimbangan garisan terhadap peningkatan produktiviti dalam industry pembuatan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalpasti kaedah keseimbangan garisan yang digunapakai dalam industri pembuatan. Selain itu, mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan kadar produktiviti syarikat dan juga mencadangkan model keseimbangan garisan yang baharu.  Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah penyelidikan kualitatif untuk mengenalpasti penggunaan keseimbangan garisan dalam syarikat ini. Jika syarikat ini menggunakan keseimbangan garisan, kecekapan akan dinilai untuk mencadangkan penambahbaikkan dalam operasi syarikatseterusnya mencadangkan sebuah model keseimbangan garisan yang lebih seimbang. Kaedah temubual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan data kajian di Syarikat Pengeluaran. Keseimbangan garisan ditentukan dengan lead time kitaran masa, kecekapan dan takt-time. Oleh itu, model yang mempunyai lead time yang sedikit dan nilai kecekapan yang tinggi adalah ciri-ciri model keseimbangan yang baik.

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Nur Asilah Md Yasin, Ahmad, A. N. A., & Ahmad, M. F. (2022). Keberkesanan Keseimbangan Garisan Terhadap Peningkatan Produktiviti dalam Industri Pembuatan. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 289-298. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9631