Hubungan antara Tahap Tekanan dan Prestasi Kerja Terhadap Situasi Semasa Covid-19

Authors

  • Nur Shafiqah Wazir
  • Ahmad Nur Aizat Ahmad UTHM
  • Md Fauzi Ahmad

Keywords:

Covid-19, Faktor tekanan kerja, Prestasi kerja

Abstract

Tekanan kerja adalah keadaan ketegangan yang menimbulkan fizikal dan ketidakseimbangan psikologi yang mempengaruhi emosi, proses pemikiran, dan keadaan seseorang pekerja. Prestasi kerja merupakan hasil kerja yang telah dicapai dari segi tingkah laku seseorang individu dan tugas yang dilaksanakan. Dalam kajian ini, terdapat tiga objektif iaitu yang pertama adalah mengenalpasti faktor- faktor tekanan kerja dalam organisasi, objektif kedua adalah mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja dan prestasi kerja semasa Covid-19, dan objektif ketiga adalah mengenalpasti faktor tertinggi yang menjurus tekanan kerja dalam organisasi. Kaedah kuantitatif digunakan untuk menentukan purata min skor bagi responden yang bersetuju mengenai faktor-faktor tekanan kerja dalam organisasi dan juga menentukan hubungan antara pemboleh ubah bebas (faktor tekanan kerja) dengan pemboleh ubah bersandar (prestasi kerja). Tinjauan ini dilakukan di pasaraya XYZ dan organisasi mempunyai pekerja seramai 40 orang pekerja termasuk kerani dan pengawal keselamatan. Sebanyak 38 set borang soal selidik telah di edarkan dan seramai 38 responden berjaya menjawab borang soal selidik tersebut. Soal selidik ini mengandungi 18 item dan mempunyai 5 mata skala likert. SPSS versi 26 digunakan untuk menguji setiap satu hipotesis dalam kajian ini. Berdasarkan hasil yang di analisis ia menunjukkan perolehan kajian bagi ketiga-tiga hipotesis mempunyai hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Hasil dapatan kajian, kedua-dua pemboleh ubah mempunyai hubungan yang positif dan hipotesis yang dilaksanakan adalah diterima kerana data korelasi signifikan antara dua pemboleh ubah adalah kurang daripada 0.05. Cadangan bagi pengkaji akan datang adalah pengkaji boleh menambah faktor tekanan kerja dalam organisasi serta hubungan dengan prestasi kerja.

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Nur Shafiqah Wazir, Ahmad, A. N. A., & Md Fauzi Ahmad. (2022). Hubungan antara Tahap Tekanan dan Prestasi Kerja Terhadap Situasi Semasa Covid-19. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 276-286. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9630