Penggunaan Konkrit Geopolimer dalam Struktur Bangunan untuk Mengurangkan Masalah Pencemaran Udara di Kawasan Pembinaan di Negeri Selangor

Authors

  • Muhammad Syafiq Muhamad Selamat
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Ts.
  • Narimah Kasim
  • Hamidun Mohd Noh

Keywords:

Konkrit geopolimer, persepsi, potensi penggunaan, langkah-langkah, Kontraktor G7

Abstract

Konkrit merupakan bahan pembinaan utama dan digunakan secara meluas dalam industri pembinaan sejak sekian lama. Penggunaan konkrit yang perlu digunakan dalam aktiviti pembinaan boleh menjadi punca kepada pencemaran udara. Oleh itu, konkrit geopolimer (KGP) ini dikaji untuk menggantikan konkrit yang sedia ada dan yang biasa digunakan di projek-projek pembinaan. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu mengkaji persepsi kontraktor pembinaan terhadap penggunaan KGP bagi mengurangkan pencemaran udara di kawasan pembinaan, mengkaji potensi penggunaan KGP di tapak pembinaan bagi mengurangkan pencemaran udara di kawasan pembinaan dan mengenalpasti langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan penggunaan KGP di tapak pembinaan. Kajian ini hanya memfokuskan kepada pihak kontraktor G7 sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif bagi mendapatkan data primer melalui pengumpulan secara soal selidik dalam talian. Manakala bagi data sekunder, ia dilakukan dengan merujuk kepada jurnal, artikel, tesis lepas dan sumber-sumber yang sahih daripada laman sesawang digunakan untuk membantu menjadikan kajian lebih tepat dan berilmiah. Data yang diperoleh ini dianalisis menggunakan statistik diskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan persepsi positif terhadap kelebihan dan kegunaan manakala persepsi negatif terhadap keburukan KGP. Selain itu, KGP ini juga berpotensi digunakan di projek pembinaan kerana kekurangan konkrit sedia ada, kos dan masa serta kualiti KGP. Beberapa langkah daripada kerajaan, institusi pendidikan, media massa dan syarikat pembinaan juga dapat dikenalpasti untuk menggalakkan penggunaan KGP di tapak pembinaan. Kajian ini diharapkan dapat memberi kepentingan kepada orang awam, kontraktor pembinaan dan tujuan akademik bagi mempertingkatkan pengetahuan dan penggunaan KGP di projek pembinaan. 

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Muhamad Selamat, M. S. ., Shareh Musa, S. M., Kasim, N., & Mohd Noh, H. (2022). Penggunaan Konkrit Geopolimer dalam Struktur Bangunan untuk Mengurangkan Masalah Pencemaran Udara di Kawasan Pembinaan di Negeri Selangor. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 496-509. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9618