Penggunaan Tenaga di dalam Bangunan Hijau

Authors

  • Nor Atikah Udin
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Ts.

Keywords:

Bangunan hijau, Penggunaan tenaga, Penjimatan tenaga

Abstract

Permintaan penggunaan tenaga elektrik negara terus meningkat saban tahun. Peningkatan tenaga elektrik yang mendadak telah mengkehendaki kerajaan mengambil langkah inisiatif daripada aspek kecekapan tenaga. Antaranya adalah dengan memastikan penggunaan sumber tenaga elektrik yang cekap dan meminimumkan pembaziran penggunaan tenaga. Sektor bangunan bukan kediaman adalah antara pengguna utama daripada jumlah keseluruhan tenaga elektrik yang dijana di negara ini. Walaupun terdapat banyak inisiatif yang telah dibuat untuk meningkatkan kecekapan tenaga pada sesebuah bangunan, namun masih terdapat beberapa halangan yang sukar dielakkan. Antaranya tiada maklumat yang jelas dan data yang tidak konsisten mengenai faktor yang menyebabkan penggunaan tenaga elektrik dalam sektor ini tinggi. Seterusnya menyebabkan berlaku peningkatan gas rumah hijau kesan dari penggunaan tenaga elektrik. Oleh itu, Kajian ini memfokuskan penggunaan tenaga elektrik bagi bangunan-bangunan yang bercirikan bangunan hijau di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja, Batu Pahat Johor. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti penggunaan tenaga di dalam bangunan hijau dan mengenalpasti langkah-langkah pendekatan bagi penjimatan tenaga dalam bangunan hijau. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif melalui temu bual pada pihak pekerja dalam bangunan hijau tersebut bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Melalui hasil kajian yang diperoleh telah dikenalpasti tentang penggunaan tenaga di dalam bangunan hijau dan terdapat langkah-langkah penjimatan yang diambil bagi penjimatan tenaga di dalam bangunan hijau.

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Udin, N. A. ., & Shareh Musa, S. M. (2022). Penggunaan Tenaga di dalam Bangunan Hijau. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 524-536. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9602