Cabaran-Cabaran Kerjaya Wanita Masa Kini dalam Sektor Industri Pembinaan di Tapak Pembinaan

Authors

  • Rabiatul Adawiyah Awang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Hilmi Izwan Abd Rahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Cabaran-cabaran, Wanita, Tapak Pembinaan

Abstract

Tapak pembinaan sememangnya dikenali sebagai 3D iaitu Dirty, Difficult and Dangerous. Pekerjaan-pekerjaan yang sukar dan berisiko di tapak pembinaan akan menyebabkan beberapa permasalahan seperti masalah budaya, masalah kesihatan dan keselamatan, serta tekanan yang menjadikan kerjaya wanita tidak berminat menceburkan diri untuk bekerja di dalam sektor pembinaan, terutamanya di tapak pembinaan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kerjaya wanita dalam industri pembinaan, terutamanya di tapak pembinaan. Kajian ini memfokuskan kepada dua (2) objektif iaitu mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi kerjaya wanita di tapak pembinaan serta mencadangkan peluang dan ruang kerjaya wanita di tapak pembinaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat cabaran-cabaran serta peluang dan ruang yang terdapat di tapak pembinaan bagi kerjaya wanita. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian literatur dan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada kontraktor Gred 7 (G7). Kajian ini dilakukan di sekitar kawasan pembinaan di Johor Bahru. Sebanyak 248 bersamaan dengan 36% kontraktor dipilih daripada jumlah populasi iaitu 698 kontraktor untuk dijadikan responden bagi kajian ini. Data kajian diperoleh daripada pengedaran soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Analisis statistik deskriptif termasuk pengagihan frekuensi dan min skor diperlukan untuk menentukan cabaran-cabaran serta peluang dan ruang kerjaya wanita di tapak pembinaan. Jumlah keseluruhan borang soal selidik yang diedarkan adalah berjumlah 248 set soalan, dan sebanyak 50.4% iaitu 125 kadar maklum balas telah diterima daripada responden. Hasil kajian ini adalah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kerjaya wanita di sektor ini dapat di atasi dengan baik. Selain itu, pihak industri juga diharapkan agar dapat memberikan kepercayaan serta peluang dan ruang kepada kerjaya wanita bagi melibatkan diri dalam industri pembinaan, terutamanya di tapak pembinaan. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu penglibatan kerjaya wanita dalam industri pembinaan, terutamanya di tapak pembinaan.

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Awang, R. A. ., & Abd Rahim, M. H. I. (2022). Cabaran-Cabaran Kerjaya Wanita Masa Kini dalam Sektor Industri Pembinaan di Tapak Pembinaan. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 423-440. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9441