Inisiatif dan Cabaran Majlis Perbandaran Muar Menjadikan Bandar Maharani Bandar Diraja Sebagai Bandar yang Bersih: Kajian Kes di Bandar Muar, Johor

Authors

  • Muhamad Amiruddin Munawar
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

initiative, Muar town

Abstract

Kajian ini cuba meninjau inisiatif dan cabaran yang dihadapi oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) untuk menjadikan sebuah bandar terbersih di Asia. Bandar Muar telah dipilih kerana telah menjadi sebuah bandar yang mendapat Anugerah Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN pada Forum Pelancongan ASEAN 2018. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data primer

Responden kajian ini adalah terdiri daripada beberapa orang pegawai dan Ahli Majlis MPM. Temubual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui inisiatif dan cabaran dalam menjadikan Bandar Muar Bandar Diraja sebagai bandar terbersih. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak inisiatif MPM menjadikan bandar Muar sebagai bandar bersih. Inisiatif tersebut antaranya Pelan Tindakan Pemulihan, Pelan Strategik MPM 2021-2025, program-program kebersihan, peranan SWM dan usaha kesedaran dalam kalangan penduduk. Cabaran-cabaran yang dihadapi pihak MPM ialah kebanjiran warga asing, bangunan lama yang tidak diselenggara, mentaliti penduduk dan masalah kebersihan. Cadangan penambahbaikan yang diutarakan oleh pihak MPM ketika temu bual ialah penambahan dari segi informasi, unit khas kesedaran, menaiktaraf stadium kecil dan melebar jalan

 

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Munawar, M. A., & Mat Radzuan, I. S. (2022). Inisiatif dan Cabaran Majlis Perbandaran Muar Menjadikan Bandar Maharani Bandar Diraja Sebagai Bandar yang Bersih: Kajian Kes di Bandar Muar, Johor. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 639-651. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9039