Pemeliharaan dan Penyelenggaraan Model Monumen di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu

Authors

  • Muhammad Daniel Haikal Apandi
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

pemeliharaan, penyelenggaraan, monumen, Taman Tamadun Islam

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada pemeliharaandan penyelenggaraan yang dilaksanakan ke atas model replika monumen di Taman Tamadun Islam (TTI )yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Umum mengetahui Taman Tamadun Islam ini merupakan sebuah taman tema yang bertemakan pendidikan dan libur diri yang menempatkan 22 koleksi monumen dari seluruh dunia yang merentasi benua Asia, Eropah dan Afrika.   Kebanyakan bangunan atau   sesuatu   monumen   kini mengalami kerosakan pada elemen-elemen dan struktur-struktur hasil karya tersebut. Sebagai contohnya, tindakan daripada manusia, haiwan dan alam sekitar juga merupakan faktor utama bagi sesuatu kerosakan itu berlaku. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpastipengurusan penyelenggaraan yang dijalankan ke atas model monumen tersebut dan mengenalpasti jenis kerosakan elemen yang berlaku pada monumen itu. Kajian ini melibatkan kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual dan pemerhatian. Penggunaan data dalam kajianini melibatkan data primer iaitu dari kaedah kualitatif dengan menemu ramah pengurus penyelenggaraan monumendan pemerhatian terhadap kerosakan elemen yang berlaku terhadap monumen tersebut dan data sekunder puladiperolehidaripada laman web dan jurnal yang berkaitanpengurusan dalam  penyelenggaraan. Hasil   kajian mendapati bahawa terdapat beberapa kerosakan   elemen yang berlaku terhadap monumen tersebut yang disebabkan beberapa faktor dalam penyelenggaraan. Adalah sangat penting bagi pengurusan penyelenggaraan untuk mengekalkan sesuatu ciri warisan dan budaya pada sesuatu monumen tersebut.

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Apandi, M. D. H., & Mat Radzuan, I. S. (2022). Pemeliharaan dan Penyelenggaraan Model Monumen di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 627-638. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9037