Pemuliharaan dan Penyelenggaraan Bangunan Sekolah Kolonial: Kajian Kes di Sekolah Tinggi Muar, Johor

Authors

  • Muhammad Nazim Narsahruddin
  • Indera Syahrul Mat Radzuan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

pemuliharaan, bangunan, warisan

Abstract

Bagi mengekalkan kelangsungan dan memanjangkan hayat bangunan kolonial, usaha-usaha pemuliharaan dan penyelenggaraan terhadap bangunan kolonial perlu dilakukan mengikut piawaian dan jadual yang ditetapkan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti konsep dan kepentingan penyelenggaraan terhadap pemuliharaan bangunan-bangunan lama dan mengkaji isu serta masalah yang dihadapi dalam penyelenggaraan dan pemuliharaan sekolah kolonial di bandar Muar. Pengkaji telah menjalankan kajian kes ke atas bangunan sekolah kolonial di Sekolah Tinggi Muar, Johor. Kajian ini telah menggunakan kaedah temu bual. Responden kajian ini adalah terdiri daripada Pengetua Sekolah Tinggi Muar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Tinggi Muar dan Guru Sekolah Tinggi Muar serta seorang Pegawai Majlis Perbandaran Muar (MPM). Temu bual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan pemuliharaan dan penyelenggaraan, konsep penyelenggaraan serta masalah yang dihadapi dalam kerja-kerja pemuliharan dan penyelenggaraan yang dilakukan ke atas bangunan kolonial Sekolah Tinggi Muar. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa isu dan masalah yang wujud sebelum melaksanakan kerja pemuliharaan dan penyelenggaraan pada bangunan kolonial tersebut seperti peruntukan dana yang tidak mencukupi, kekurangan tenaga pakar, masalah pengurusan inventori penyelenggaraan dan kekurangan kakitangan dalam organisasi penyelenggaraan. Masalah ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap konsep penyelenggaraan yang digunakan oleh pihak pengurusan bangunan kolonial tersebut. Adalah sangat penting bagi pihak pengurusan banguanan kolonial tersebut untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara berjadual demi meneruskan kelangsungan hayatbangunan kolonial tersebut dan keselamatan para pengguna bangunan kolonial SekolahTinggi Muar itu.

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Narsahruddin, M. N., & Mat Radzuan, I. S. (2022). Pemuliharaan dan Penyelenggaraan Bangunan Sekolah Kolonial: Kajian Kes di Sekolah Tinggi Muar, Johor. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 612-626. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9035