Impak Pembinaan Projek East Coast Rail Link (ECRL) kepada Pencemaran Bunyi

Authors

  • Mohamad Ridhuan Othman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Haryati Shafii UTHM
  • Seow Ta Wee Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sulzakimin Mohamed Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Roshartini Omar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Impak Pembinaan, Project, Pencemaran Bunyi

Abstract

Abstrak: Aktiviti pembinaan merupakan penyumbang utama kepada pencemaran bunyi. Isu pencemaran bunyi bising daripada projek pembinaan East Coast Rail Link (ECRL) telah memberi impak kepada keselesaan penduduk di sekitar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak aktiviti pembinaan ECRL yang menyumbang kepada pencemaran bunyi dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan projek pembinaan ECRL untuk menangani bunyi bising di tapak pembinaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat daripada responden iaitu penduduk Kampung XX dan pihak pengurusan projek. Temubual melibatkan empat orang responden daripada penduduk Kampung XX dan tiga orang responden daripada pihak pengurusan projek. Hasil kajian mendapati majoriti responden yang ditemui mengakui terdapat pencemaran bunyi hasil daripada aktiviti pembinaan ECRL. Penduduk merasa tidak selesa, hilang fokus untuk melakukan aktiviti harian, kecederaan pada gegendang telinga dan gangguan emosi yang menyebabkan mereka stress dan merasa gelisah. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan projek telah melaksanakan langkah-langkah untuk mengawal pencemaran bunyi melalui kaedah pemasangan noise barrier, mewajibkan alatan pencegahan bunyi bising dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Alam Sekitar dalam menangani bunyi bising di tapak pembinaan.

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Othman, M. R. ., Shafii, H., Ta Wee, S., Mohamed, S., & Omar, R. (2022). Impak Pembinaan Projek East Coast Rail Link (ECRL) kepada Pencemaran Bunyi . Research in Management of Technology and Business, 3(2), 366-377. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9003