Faktor – faktor Kepercayaan Pengguna dalam Pembelian atas Talian

Authors

  • R. Chandrashekar Dr.

Keywords:

Pembelian atas talian, kepercayaan

Abstract

Setiap tahun, pembelian atas talian di Malaysia semakin meningkat. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kepercayaan pelanggan dalam pembelian atas talian. Namun begitu, terdapat faktor yang turut menjadi ancaman kepada para pengguna pembelian secara talian terutama kepercayaan pennguna. Kebanyakan laporan menyatakan bahawa faktor yang mempengaruhi pengguna dalam pembelian atas talian adalah faktor kemudahan, pengalaman, populariti, harga dan risiko. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pengguna dalam pembelian atas talian di Malaysia. Data kajian dikumpul melalui borang soal selidik daripada warga-warga yang berada di Malaysia yang melakukan aktiviti pembelian dalam talian. Sejumlah 384 borang selidik akan diedarkan dan hanya 200 set borang soal selidik telah dikembalikan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor harga dan risiko dengan faktor mempengaruhi pengguna terhadap pembelian atas talian. Hal ini membuktikan bahawa faktor berikut akan mempengaruhi pengguna di Malaysia dalam pembelian atas talian.

Downloads

Published

26-06-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

R. Chandrashekar. (2022). Faktor – faktor Kepercayaan Pengguna dalam Pembelian atas Talian. Research in Management of Technology and Business, 3(1), 177–190. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/7272