Cabaran Yang Dihadapi Oleh Agen Hartanah Dalam Menjual Rumah Kediaman di Johor

Authors

  • Khadijah Md Ariffin UTHM
  • Abdul Jalil Omar

Keywords:

Covid-19, Ejen Hartanah, Rumah Kediaman, Cabaran, Strategi

Abstract

Ejen hartanah ialah pemegang lesen yang diberi tanggungjawab untuk menlaksanakan perniagaan melalui pembentukan agensi atau syarikat atau secara individu yang berkaitan urusan jual beli hartanah. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran haruslah ditempuhi oleh ejen hartanah ketika menjual rumah kediaman semasa pandemik Covid-19. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti cabaran dan masalah yang dihadapi oleh ejen hartanah dalam menjual rumah kediaman semasa pandemik Covid-19 serta mengenalpasti strategi yang dilakukan oleh ejen hartanah ketika menjual rumah kediaman semasa pandemik Covid-19. Kajian ini tertumpu kepada ejen harta tanah yang terdapat di negeri Johor. Kajian yang dilakukan melibatkan kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan data primer dari kaedah kualitatif iaitu hasil daripada temu bual bersama ejen hartanah di Johor dan data sekunder melalui pengumpulan data dari laman web, jurnal, dan kajian lepas yang berkaitan dengan cabaran dan strategi penjualan rumah kediaman oleh ejen hartanah semasa pandemik Covid-19. Hasil kajian ini telah menunjukkan wujudnya cabaran yang dihadapi oleh ejen hartanah dalam menjual rumah kediaman semasa Covid-19 dan juga terdapat beberapa strategi yang telah digunakan oleh ejen hartanah untuk mengatasi cabaran tersebut.

Downloads

Published

26-06-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Md Ariffin, K., & Omar, A. J. (2022). Cabaran Yang Dihadapi Oleh Agen Hartanah Dalam Menjual Rumah Kediaman di Johor. Research in Management of Technology and Business, 3(1), 870–886. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/7208