Pengurusan Harta Tanah Pelancongan di Muar, Johor

Authors

  • Abdul Jalil Omar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Khadijah Md Ariffin
  • Sabarian Eni
  • Azlina Md Yassin
  • Haidaliza Masram

Keywords:

real estate, tourism, Muar

Abstract

Abstrak: Bandar Muar telah diisytiharkan sebagai Bandar Diraja Johor pada 24 November 2012 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Ismail. Akan tetapi, bandar Muar telah menjadi sebuah bandar yang senyap dan bosan pada waktu malam dan kebanyakan mereka yang datang ke Muar lebih suka untuk meneruskan perjalanan ke Melaka yang tidak jauh dari Muar. Namun begitu, bandar Muar mempunyai banyak tarikan menarik dalam menarik pelancong ke bandar tersebut. Selain itu, terdapat kesukaran untuk mengkaji strategi pihak berkuasa dalam mengawal selia dan menguruskan bangunanbangunan serta tempat-tempat yang berpotensi untuk pelancongan. Hal ini kerana, ketiadaan badan sumber bagi orang luar untuk merujuk. Objektif bagi kajian ini ialah mengenalpasti faktor tarikan pengunjung terhadap harta tanah pelancongan di Muar, Johor serta mengenalpasti strategi pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan harta tanah pelancongan di Muar, Johor. Dalam kajian ini kaedah soal selidik dan temubual secara semi struktur digunakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kawasan kajian ialah di Muar, Johor dan jumlah responden adalah sebanyak 103 orang responden. Maklum balas dari hasil kajian ini dirumuskan dengan menggunakan data deskriptif. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini adalah untuk mengkaji dengan lebih mendalam terhadap faktor yang telah menarik pengunjung ke Muar, Johor selain mendapatkan maklumat tentang strategi pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan harta tanah pelancongan di Muar, Johor. Hal ini dibuktikan, berdasarkan daripada analisis yang telah dilakukan. Selain itu, strategi pengurusan harta tanah pelancongan oleh pihak berkuasa tempatan dibuktikan dengan sesi temu bual bersama pihak berkuasa tempatan.

 

Keywords: harta tanah pelancongan, pelancong, pihak berkuasa tempatan

Downloads

Published

26-06-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Omar, A. J., Md Ariffin, K. ., Eni, S., Md Yassin, A., & Masram, H. . (2022). Pengurusan Harta Tanah Pelancongan di Muar, Johor. Research in Management of Technology and Business, 3(1), 908-921. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/7189