A Kajian Permasalahan Tunggakan Cukai Taksiran di Majlis Perbandaran Kluang

Cukai Taksiran

Authors

  • gan mei xin
  • MASFALIZA MOHSEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
  • zarina s

Keywords:

Cukai taksiran, Tunggakan cukai taksiran, Pihak Berkuasa Tempatan

Abstract

Cukai taksiran merupakan sejenis cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas sesuatu harta tanah sepertimana yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Secara umumnya, PBT di Malaysia mengalami permasalahan tunggakan cukai taksiran dan masalah tunggakan cukai taksiran ini berulang sejak bertahun-tahun tetapi masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor menyebabkan tunggakan cukai taksiran dan membincangkan kaedah-kaedah penambahbaikan terhadap masalah tunggakan cukai taksiran di Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan iaitu melalui temu bual dengan Bahagian Hasil dan Kewangan Jabatan Kewangan serta Bahagian Tunggakan Hasil Jabatan Penguatkuasaan di MPK. Data primer seperti temu bual serta data sekunder iaitu kajian literatur, artikel, jurnal, akhbar, kajian lepas dan laporan juga digunakan bagi pengumpulan data dalam kajian ini. Data dan maklumat yang didapati melalui temu bual dianalisis dengan analisis kandungan dalam bentuk yang lebih mudah difahami. Secara kesimpulannya, kedua-dua objektif kajian ini dicapai dengan mengenal pasti tujuh (7) faktor-faktor menyebabkan tunggakan cukai taksiran dan membincangkan lima (5) kaedah-kaedah penambahbaikan terhadap masalah tunggakan cukai taksiran di MPK. Hasil kajian ini boleh membantu pihak MPK dalam menyelesaikan masalah tunggakan cukai taksiran.

Downloads

Published

26-06-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

mei xin, gan, MOHSEN, M., & s, zarina. (2022). A Kajian Permasalahan Tunggakan Cukai Taksiran di Majlis Perbandaran Kluang: Cukai Taksiran . Research in Management of Technology and Business, 3(1), 825-849. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/7187