Strategi Penyelenggaraan Gerai Milik Majlis Perbandaran Pontian (MPPn)

Authors

  • azyan zakaria
  • MASFALIZA MOHSEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
  • zarina shamsudin

Keywords:

Gerai awam, Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Penyelenggaraan bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan

Abstract

Masalah penyelenggaraan bangunan merupakan perkara umum dalam pengurusan bangunan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan asas terbaik meliputi penyelenggaraan kawasan awam dan perkhidmatan perbandaran lain. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah penyelenggaraan bangunan dan mengkaji strategi-strategi penyelenggaraan bangunan oleh Majlis Perbandaran Pontian (MPPn). Kajian ini difokuskan hanya ke atas gerai-gerai milik MPPn di bandar Pontian. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana sesi temu bual separa struktur telah dijalankan. Justeru, kaedah tematik digunakan bagi menganalisis data yang diperoleh daripada hasil temu bual. Responden terlibat ialah kakitangan Jabatan Kejuruteraan Bangunan MPPn. Selain itu, data sekunder turut digunakan dalam analisis kajian. Data tersebut diperoleh dari analisis dokumen Unit Perhubungan Awam dan Korporat dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPn. Hasil kajian ini ialah mengenal pasti masalah penyelenggaraan gerai yang dihadapi oleh MPPn. Masalah ini boleh menyebabkan pengulangan kesilapan yang sama dalam reka bentuk, pembinaan dan pengurusan bangunan, keadaan bangunan yang tidak berfungsi dan peningkatan kos penyelenggaraan. Empat (4) bahagian utama dalam temu bual bersama responden berkenaan masalah penyelenggaraan gerai yang dihadapi oleh MPPn ialah masalah pengurusan, masalah teknikal, masalah sumber manusia dan masalah kewangan. Hasil analisis dari sesi temu bual bersama responden mengenai strategi penyelesaian masalah penyelenggaraan gerai oleh MPPn, mendapati bahawa MPPn mengamalkan beberapa strategi penyelesaian masalah penyelenggaraan gerai untuk mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi iaitu penyeliaan prestasi dan prosedur kerja, kerja menaiktaraf gerai, pelantikan kontraktor swasta dan penilaian tuntutan. Strategi ini penting untuk memastikan kerja penyelenggaraan berjalan lancar dan meningkatkan jangka hayat bangunan.

Downloads

Published

26-06-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

zakaria, azyan, MOHSEN, M., & shamsudin, zarina. (2022). Strategi Penyelenggaraan Gerai Milik Majlis Perbandaran Pontian (MPPn). Research in Management of Technology and Business, 3(1), 781–796. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/6912