Kesan Pembangunan Setempat Terhadap Nilai Sewa Harta Tanah Kediaman di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Authors

  • Syarmila Utoh
  • Edie Ezwan Mohd Safian UNIVERSITI TUN HUSSEIN ON MALAYSIA

Keywords:

Harta Tanah, Nilai Sewa, Kediaman, Pembangunan, Setempat

Abstract

Pasaran sewa kediaman di negara ini dilihat telah mengalami peningkatan yang ketara selari dengan peningkatan harga rumah dan permintaan yang tinggi akibat daripada nilai pemilikan rumah yang semakin rendah. Nilai sewa kediaman juga sering kali dilihat sebagai indikator di dalam pelaburan harta tanah kediaman di mana ia dipengaruhi oleh saiz, lokasi, kemudahan berhampiran dan sebagainya. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh pembangunan sekeliling terhadap nilai sewa kediaman di kawasan Parit Raja, Batu Pahat, Johor melalui aplikasi sistem maklumat geografi (GIS). Lokasi kajian ini dipilih berikutan kawasan Parit Raja merupakan kawasan yang sedang pesat membangun di mana terdapatnya infrastruktur awam, pendidikan, komersial yang lengkap. Metodologi kajian ini adalah melibatkan kaedah kuantitatif di mana objektif pertama adalah mengkaji faktor-faktor yang menentukan nilai sewa kediaman di kawasan kajian melalui soal selidik berstruktur. Objektif kedua adalah mengenalpasti kesan pembangunan sekeliling terhadap nilai sewa kediaman di kawasan kajian melalui aplikasi GIS dan dianalisis dengan menggunakan analisis regresi berganda (MRA). Hasil kajian telah menunjukkan nilai sewa kediaman di Parit Raja dipengaruhi oleh pembangunan komersial iaitu sebanyak 9.9%, kemudahan fasiliti awam sebanyak 5.8% dan kemudahan pendidikan sebanyak 3.8%. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan idea kepada para pelabur terutamanya bagi pelaburan harta tanah kediaman dalam membuat keputusan pelaburan disamping dapat mengenalpasti potensi pelaburan harta tanah kediaman di Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Downloads

Published

15-11-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Syarmila Utoh, & Edie Ezwan Mohd Safian. (2021). Kesan Pembangunan Setempat Terhadap Nilai Sewa Harta Tanah Kediaman di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Research in Management of Technology and Business, 2(2), 854-866. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/4996