Pelaksanaan E-Digital dalam Kalangan Industri Kecil dan Sederhana di Negeri Johor

Authors

  • Muhammad Ammar Shafi FPTP, UTHM
  • Nur Syazwani Mohtar

Keywords:

Pelaksanaan E-digital, Faktor pelaksanaan, Kekangan pelaksanaan E-digital, Industri kecil dan sederhana

Abstract

E-digital adalah ekonomi yang berasaskan teknologi digital. E-digital akan mengubah cara manusia mengurus dan menjalankan perniagaannya serta cara memasarkan produk perniagaan ke suatu tahap pasaran yang lebih luas sehingga ke peringkat antarabangsa dalam masa yang pantas dan kos yang lebih. Masalah yang dihadapi adalah kekangan IKS dalam memperluaskan perniagaan melalui ekonomi digital ialah disebabkan oleh akses internet yang masih belum sempurna dengan kelajuan jalur lebar yang tidak memadai. Berikutan kepada kajian lepas, faktor yang menyebabkan pelaksanaan E-digital kurang mendapat sambutan oleh sebahagian usahawan IKS adalah disebabkan oleh faktor kos, lokasi, dan produktiviti. Tujuan kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan dan hubungan antara faktor yang mempengaruhi pelaksanaan E-digital dikalangan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Negeri Johor. Kajian menggunakan persampelan rawak mudah untuk memilih responden bagi kajian ini. Seramai 127 usahawan IKS telah diterima sebagai responden untuk kajian. Bentuk kajian adalah secara soal selidik dengan menggunakan kaedah secara atas talian. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu data primer. Data yang dikumpulkan melalui set soal selidik yang telah diproses dengan menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial, iaitu SPSS versi 18.0 dan Microsoft Excel untuk mendapatkan kejituan daripada data yang diperoleh. Kajian rintis dilakukan terlebih dahulu menggunakan soal selidik bagi menguji keberkesanan soal selidik yang dibina terhadap 30 orang responden. Pengkaji menggunakan analisis deskriptif dan analisis korelasi pearson untuk mengetahui kenormalan data responden. Faktor yang mempengaruhi pelaksanaan e-digital dalam kalangan IKS menunjukkan persetujuan yang tinggi dari responden. Oleh hal demikian, pelaksanaan E-digital dalam aktiviti perniagaan IKS dapat membantu meningkat kualiti dan produktiviti sesebuah organisasi selain dapat membantu meningkatkan prestasi  ekonomi negara standing negara maju.

Downloads

Published

11-11-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Shafi, M. A., & Mohtar, N. S. . (2021). Pelaksanaan E-Digital dalam Kalangan Industri Kecil dan Sederhana di Negeri Johor. Research in Management of Technology and Business, 2(2), 92-104. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/4958