Perkhidmatan Penghantaran Makanan Secara Dalam Talian (OFD) dari Perspektif Peniaga Muslim.
Keywords:
Best worst method, Online food delivery, Third-party online food delivery (OFD)Abstract
Kajian ini mengenai perspektif peniaga muslim makanan dan minuman (F&B) yang menggunakan perkhidmatan penghantaran secara atas talian (OFD). Objektif kajian adalah pemilihan faktor berdasarkan umur, jantina dan jenis perniagaan. Terdapat tujuh faktor yang terlibat iaitu meningkatkan pendapatan, meningkatkan pendedahan dan jangkauan pelanggan yang lebih meluas, kemudahan perkhidmatan, lokasi restoran, faktor makanan, lokasi strategic dan kawalan yang minimum. Kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik dan mengalisis data menggunakan kaedah Best Worst Method (BWM). Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya, faktor yang dipilih oleh responden mengikut jujukan adalah meningkatkan pendapatan diikuti dengan meningkatkan pendedahan dan jangkauan pelanggan yang lebih meluas, kemudahan perkhidmatan pesanan secara dalam talian, faktor mengenai makanan, lokasi yang strategik, kawalan yang minimum dan lokasi restoran.