Prospek Permintaan dan Penawaran Harta Tanah Kediaman di Kawasan Berpotensi Pencemaran

Authors

  • Azlina Md Yassin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Norain Rashid
  • Haidaliza Masram

Keywords:

Harta Tanah Kediaman, Pencemaran, Penawaran, Permintaan, Persepsi

Abstract

Pencemaran Sungai Kim Kim yang dilaporkan berlaku pada tahun 2020 telah menjejaskan kesihatan ribuan penduduk di sekitarnya, sekaligus memberikan persepsi negaif dalam kalangan bakal pembeli rumah kediaman dan juga pemaju hartanah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan pencemaran sungai Kim Kim terhadap permintaan harta tanah kediaman di Pasir Gudang, dan untuk mengkaji pandangan pemaju perumahan terhadap prospek pembangunan harta tanah kediaman di Pasir Gudang. Dapatan kajian ini diperolehi dengan menggunakan pendekatan campuran, dimana data diperolehi melalui sebaran borang soal selidik kepada bakal pembeli rumah kediaman dan temubual bersama pemaju hartanah. Akhirnya, sebanyak 155 maklum balas diperoleh daripada bakal pembeli rumah kediaman, dan 3 pemaju hartanah telah ditemubual bagi menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencemaran Sungai Kim Kim telah memberikan persepsi berbeza kepada bakal pembeli di mana sebahagian mereka tetap berminat untuk membeli kediaman di akwasan sekitar, manakala sebahagiannya tidak. Tambahan lagi, pemaju hartanah yang ditemubual menunjukkan respon positif dimana mereka masih berminat untuk melabur di dalam pembangunan hartanah di Pasir Gudang pada masa akan datang. Justeru itu, dapatan kajian membuktikan bahawa pencemaran alam sekitar memberikan kesan yang sederhana kepada prospek permintaan harta tanah kediaman, dan tidak menunjukkan kesan ketara kepada prospek penawaran hartanaha dalam kalangan pemaju. Dapatan kajian juga dapat dijadikan panduan kepada pemaju hartanah agar lebih komited untuk melabur dalam pembangunan yang menitikberatkan faktor kelestarian alam sekitar pada masa akan datang.

Downloads

Published

15-11-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Md Yassin, A., Norain Rashid, & Haidaliza Masram. (2021). Prospek Permintaan dan Penawaran Harta Tanah Kediaman di Kawasan Berpotensi Pencemaran. Research in Management of Technology and Business, 2(2), 823-840. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/4952