Amalan Etika Kerja Secara Islam dan Hubungkait dengan Komitmen Staf di Sektor Perbankan
Keywords:
Etika kerja secara Islam, Komitmen organisasi, Sektor perbankanAbstract
Etika kerja secara Islam adalah suatu prinsip moral yang berteraskan dalil-dalil al-Quran dan As-Sunnah untuk memberi panduan amalan atau sikap kepada staf dalam sesebuah organisasi. Komitmen organisasi merupakan satu elemen penting untuk membantu dalam mencapai objektif sesebuah organisasi. Namun begitu, masih kurang kajian yang melihat bagaimana nilai etika kerja secara Islam dapat meningkatkan komitmen staf terhadap organisasi. Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui perkaitan di antara etika kerja secara Islam dan komitmen organisasi dalam kalangan staf di sektor perbankan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif di mana kaedah secara atas talian digunakan untuk mengedar borang soal selidik. Seramai 196 orang responden telah dipilih dari sektor perbankan dalam daerah Kluang, Johor. Walau bagaimanapun, kadar maklum balas adalah sebanyak 50.5% iaitu sebanyak 99 set sahaja. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 telah digunakan untuk menganalisis data-data yang diperoleh hasil dari edaran borang soal selidik itu. Data bagi kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan kuantitatif. Hasil kajian mendapati tahap etika kerja secara Islam dan tahap komitmen organisasi adalah pada tahap tinggi. Etika kerja secara Islam juga mempunyai hubungan yang positif dengan ketiga-tiga jenis komitmen organisasi.