Kecenderungan Penerimaan Cadangan Peningkatan Had Umur Persaraan dari 60 Ke 65 Tahun dalam Kalangan Kakitangan Awam: Kajian Kes Guru Sekolah Menengah Di Selangor

Authors

  • Shahrul Nizam Salahudin UTHM
  • Jawahir Mat Tajudin

Keywords:

Persaraan, Kakitangan awam, Had umur persaraan, Cadangan peningkatan, Guru sekolah menengah

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kecenderungan penerimaan cadangan peningkatan had umur persaraan dari 60 ke 65 tahun di kalangan kakitangan awam iatu kajian kes guru sekolah menengah di Selangor. Kajian juga bertujuan mengukur tahap kecenderungan penerimaan cadangan peningkatan had umur persaraan dari 60 ke 65 tahun di kalangan kakitangan awam iatu kajian kes guru sekolah menengah di Selangor dan mengenalpasti faktor-faktor kecenderungan penerimaan cadangan peningkatan had umur persaraan dari 60 ke 65 tahun di kalangan kakitangan awam iatu kajian kes guru sekolah menengah di Selangor. Responden yang terlibat adalah 384 orang guru sekolah menengah di Selangor yang dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan teknik persampelan mudah (convenience sampling) untuk mendapatkan data. Analisis telah dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 22 (SPSS). Hasil analisis dipamerkan dalam bentuk nilai skor min, peratusan, purata min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian. Perisian Statistical Package for Social Science 22 (SPSS) digunakan untuk melakukan analisis dapatan kajian yang terdiri daripada analisis deskriptif dan analisis korelasi.

Downloads

Published

11-11-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Salahudin, S. N., & Mat Tajudin, J. (2021). Kecenderungan Penerimaan Cadangan Peningkatan Had Umur Persaraan dari 60 Ke 65 Tahun dalam Kalangan Kakitangan Awam: Kajian Kes Guru Sekolah Menengah Di Selangor. Research in Management of Technology and Business, 2(2), 48-63. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/4914