Hubungkait Antara Tahap Kefahaman dan Kesediaan Pelajar UTHM Terhadap Revolusi Industri 4.0

Authors

  • Shahrul Salahudin UTHM
  • Nur Fatini Rosman

Keywords:

Readiness, Industrial Revolution 4.0, Understanding

Abstract

Revolusi Industri 4.0 bermula dari revolusi pertama hingga ketiga yang berasaskan kepada sumber dan tenaga kerja manusia. Kini, kita berada dipermulaan
Revolusi Industri 4.0 yang akan mengubah cara manusia hidup dan bekerja. Mahasiswa adalah golongan sebagai pengguna teknologi yang bijak, pribumi digital dan akan menyertai tenaga kerja kelak. Mereka membawa kemahiran baru, serta idea baru bagi menjayakan Revolusi Industri 4.0 ini. Kajian ini bertujuan mengetahui tahap kefahaman dan tahap kesediaan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terhadap Revolusi Industri 4.0. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar UTHM. Sampel kajian tertumpu kepada pelajar tahun akhir di UTHM. Kajian ini menetapkan 351 sampel dalam kalangan pelajar tahun akhir di UTHM. Kajian ini menggunakan teknik persampelan mudah (convenience) di mana mengaplikasikan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen bagi memperoleh data yang dikehendaki. Pengumpulan data adalah secara dalam talian melalui pengedaran google Form menggunakan pelantar media sosial seperti Whatapps. Kaedah analisis data ialah analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman dan kesediaan pelajar UTHM terhadap kehadiran Revolusi Industri 4.0 ini berada pada tahap yang tinggi dan terdapat hubungkait yang signifikan antara tahap kefahaman dan kesediaan pelajar UTHM terhadap revolusi industri 4.0.

Downloads

Published

11-11-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Salahudin, S., & Rosman, N. F. . (2021). Hubungkait Antara Tahap Kefahaman dan Kesediaan Pelajar UTHM Terhadap Revolusi Industri 4.0. Research in Management of Technology and Business, 2(2), 34-47. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/4913