Penggunaan Ruang Bawah Tanah dan Ruang Tingkat Atas Kompleks Beli-Belah : Isu dan Analisis Impirikal

Penggunaan Ruang Bawah Tanah dan Ruang Tingkat

Authors

  • Nur Najihah Batrisya Ahmad Dzulqahar
  • Masfaliza Mohsen UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
  • Zarina Shamsudin
  • Ismail Omar

Keywords:

Penggunaan Ruang, Ruang Bawah Tanah, Ruang Tingkat Atas, Kompleks Beli-Belah

Abstract

Kompleks beli-belah di Malaysia memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bandar. Menjelang akhir tahun 2019, industri kompleks beli-belah Malaysia mempunyai lebih daripada 166.6 juta kaki persegi luas kawasan dengan anggaran nilai harta tanah sebanyak RM130 bilion. Faktor utama yang menjayakan sesebuah kompleks beli-belah adalah lokasi yang strategik, aksesibiliti dan infrastruktur yang mantap, konsep yang menepati keperluan dan cita rasa pelanggan, kemudahan dan perkhidmatan yang mencukupi, reka bentuk dan susun atur setiap ruang tersusun, ruang tempat letak kereta yang mencukupi, pemasaran yang berkesan dan pengurusan serta penyelenggaraan yang proaktif. Di samping itu, penggunaan ruang bawah tanah juga telah menyumbang kepada pembangunan mampan dan penambahbaikan kepada alam sekitar serta kualiti hidup masyarakat. Oleh yang demikian, penulisan ini akan menumpukan kepada aspek penggunaan ruang dari segi perbezaan penggunaan ruang bawah tanah dan ruang tingkat atas serta isu dalam penggunaan kedua-dua ruang tersebut. Kajian ini akan melihat bagaimana penggunaan ruang bawah tanah dan ruang tingkat atas kompleks beli-belah diatur dan dirancang bagi memastikan penggunaan kedua-dua ruang tersebut dapat dioptimumkan dengan sebaiknya. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah temubual digunakan bagi menghasilkan satu analisis kualitatif iaitu analisis rangkaian tematik yang akan menghuraikan pandangan dan maklumat daripada responden sehingga satu rumusan yang menyokong setiap objektif dapat dicapai.

Downloads

Published

15-11-2021

Issue

Section

Article

How to Cite

Nur Najihah Batrisya Ahmad Dzulqahar, Mohsen, M., Shamsudin, Z., & Omar, I. (2021). Penggunaan Ruang Bawah Tanah dan Ruang Tingkat Atas Kompleks Beli-Belah : Isu dan Analisis Impirikal: Penggunaan Ruang Bawah Tanah dan Ruang Tingkat. Research in Management of Technology and Business, 2(2), 799-812. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/3767