Kajian Risiko Ergonomik dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Pekerja Industri Pembinaan

Authors

  • Shahrul Yusrin Abdullah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Rozlin Zainal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Risiko ergonomik, Keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Kecekapan kerja

Abstract

Industri pembinaan merupakan sektor penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, namun berhadapan dengan pelbagai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, khususnya berkaitan risiko ergonomik. Walaupun isu ini sering dikaitkan dengan pekerja tapak bina, golongan profesional seperti jurutera, arkitek dan juruukur bahan yang bekerja di pejabat pembinaan juga terdedah kepada risiko yang signifikan. Namun, kajian terhadap kumpulan ini masih terhad. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor risiko ergonomik yang dihadapi oleh pekerja dalam industri pembinaan, menganalisis kesan risiko ergonomik terhadap kesejahteraan pekerja, dan menganalisis hubungan antara faktor risiko ergonomik dan kesannya terhadap kesejahteraan pekerja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 30 responden yang terdiri daripada pekerja pejabat di syarikat perunding pembinaan di Johor Bahru. Data dengan perisian statistik melalui analisis frekuensi, min, dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan faktor risiko ergonomik berada pada tahap sederhana hingga tinggi. Hasil kajian juga mendapati bahawa risiko ergonomik memberi kesan signifikan terhadap kesejahteraan fizikal, psikologi serta kualiti kerja, di samping wujud hubungan yang signifikan antara faktor risiko ergonomik dan kesannya terhadap pekerja. Kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pihak organisasi dan akademik dalam usaha meningkatkan amalan ergonomik dalam industri pembinaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Abdullah, S. Y. ., Shareh Musa, S. M., & Zainal, R. . (2026). Kajian Risiko Ergonomik dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Pekerja Industri Pembinaan. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 882-896. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23817