Kajian Faktor-Faktor Bagi Peningkatan Motivasi Pekerja dalam Industri Pembinaan
Keywords:
Motivasi pekerja, Industri pembinaan, Kontraktor G5, Ganjaran, Prestasi kerjaAbstract
Dalam dunia pembinaan yang mencabar, sumber manusia merupakan nadi utama yang memacu daya saing dan kelestarian sesebuah syarikat. Kajian ini bertujuan meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pekerja, khususnya dalam kalangan kontraktor G5 di Shah Alam, Selangor. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik kepada responden, dengan data dianalisis secara frekuensi, deskriptif dan korelasi menggunakan perisisan SPSS. Hasil kajian bagi objektif pertama menunjukkan bahawa beban tugas yang berlebihan merupakan faktor utama penurunan motivasi. Bagi objektif kedua, dapatan membuktikan bahawa ganjaran kewangan seperti elaun kerja lebih masa dan pengiktirafan prestasi adalah faktor dominan dalam meningkatkan motivasi. Akhir sekali, bagi objektif ketiga, kajian mencadangkan strategi yang memfokuskan kepada keseimbangan kerja-kehidupan, pengurusan masa yang teratur, serta sokongan kepimpinan yang empati. Kajian ini menyumbang kepada literatur sedia ada dengan menyediakan panduan strategik kepada pihak pengurusan untuk memperbaiki kebajikan pekerja, sekaligus menyokong kemampanan dan prestasi industri pembinaan di Malaysia.



