Pematuhan Pemakaian Alat Pelindung Diri (PPE) dalam Kalangan Pekerja yang Terlibat dengan Projek Pembinaan Bangunan Tinggi

Authors

  • Nurul Ain Moktar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Aryani Ahmad Latiffi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Adriana Rassidi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Alat pelindung diri (PPE), Bangunan tinggi, kemalangan, pekerja, Projek Pembinaan

Abstract

Alat Pelindung Diri atau PPE direka untuk digunakan semasa melakukan pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemalangan, mencegah kesan fizikal dan meminimumkan pendedahan pekerja kepada bahaya tertentu di tempat kerja. Kebanyakan kemalangan di tapak projek pembinaan bangunan bertingkat atau bangunan tinggi terjadi disebabkan kegagalan pekerja mematuhi pemakaian PPE. Keadaan ini berlaku kerana pekerja beranggapan bahawa pemakaian PPE mengganggu keselesaan dan kecekapan mereka semasa bekerja. Objektif kajian ini dilaksanakan untuk menentukan faktor-faktor yang menyebabkan pekerja tidak mematuhi pemakaian PPE ketika bekerja di projek pembinaan bangunan tinggi, mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan di tapak projek pembinaan bangunan tinggi dalam melaksanakan pemakaian PPE di kalangan pekerja dan mencadangkan penambahbaikan dalam pelaksanaan pemakaian PPE di kalangan pekerja yang terlibat dengan projek pembinaan bangunan tinggi. Kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden terlibat digunakan bagi memperolehi data untuk mencapai objektif kajian yang dinyatakan. Responden terlibat terdiri daripada pegawai keselamatan dan kesihatan serta berkaitan yang bekerja dengan kontraktor gred G7 di Johor Bahru, Johor yang telah dan sedang terlibat dengan projek pembinaan bangunan tinggi. Data yang dikumpul daripada responden dianalisis menggunakan perisian  statistik iaitu Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk analisis deskriptif. Hasil analisis data  menunjukkan bahawa faktor utama yang menyebabkan pekerja tidak mematuhi pemakaian PPE adalah sikap pekerja yang enggan memakainya semasa bekerja. Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan adalah meningkatkan kesedaran pekerja tentang kepentingan penggunaan PPE, dan penambahbaikan yang dicadangkan adalah menyediakan arahan yang jelas mengenai penggunaan PPE sebelum memulakan kerja. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberi informasi terkini kepada pihak pengurusan di tapak pembinaan terutama projek pembinaan yang berisiko tinggi mengenai kepentingan menekankan aspek PPE di kalangan pekerja.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Moktar, N. A. ., Ahmad Latiffi, A., & Rassidi, A. . (2026). Pematuhan Pemakaian Alat Pelindung Diri (PPE) dalam Kalangan Pekerja yang Terlibat dengan Projek Pembinaan Bangunan Tinggi. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 830-844. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23782