Kajian Terhadap Pembangunan Infrastruktur Bandar Pintar di Iskandar Puteri, Johor

Authors

  • Nurul Shafieka Ratino Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Rozlin Zainal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Hilmi Izwan Abd Rahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Bandar Pintar, Iskandar Puteri, Infrastruktur Pintar, Teknologi Pintar

Abstract

Pembangunan bandar pintar semakin penting dalam meningkatkan kualiti hidup dan kecekapan pengurusan bandar melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), khususnya di Iskandar Puteri, Johor, yang menjadi pusat utama pembangunan bandar pintar di Malaysia dengan pelbagai kemudahan infrastruktur pintar yang dibangunkan untuk menyokong visi bandar pintar mampan menjelang 2035. Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis kemudahan infrastruktur bandar pintar yang telah dibangunkan di Iskandar Puteri, menganalisis cabaran dalam penyediaannya, serta mencadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kelestarian infrastruktur tersebut. Metodologi kajian menggunakan pendekatan campuran termasuk analisis dokumen rasmi, wawancara dengan pegawai dan pengurus projek, serta pemerhatian lapangan bagi mendapatkan data yang komprehensif dan tepat. Hasil kajian menunjukkan Iskandar Puteri telah membangunkan infrastruktur digital pintar seperti rangkaian komunikasi berkelajuan tinggi, sistem pengurusan trafik pintar, dan sistem pengurusan tenaga dan air yang cekap, namun menghadapi cabaran seperti integrasi teknologi, kos pembangunan, keselamatan siber, dan penglibatan komuniti yang perlu diatasi untuk kelestarian projek. Perbincangan menekankan pentingnya penambahbaikan dari segi teknikal, pengurusan, polisi, dan penglibatan komuniti untuk memastikan pembangunan bandar pintar yang mampan dan berdaya saing, serta mencadangkan kajian lanjutan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan dan penerimaan sosial infrastruktur bandar pintar di masa depan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Ratino, N. S. ., Shareh Musa, S. M., Zainal, R., & Abd Rahim, M. H. I. (2026). Kajian Terhadap Pembangunan Infrastruktur Bandar Pintar di Iskandar Puteri, Johor. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 816-829. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23780