Kajian Pembangunan Pemecah Ombak di Pantai Kuala Terengganu

Authors

  • Siti Nur Safiqah Safanjamal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Rozlin Zainal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Narimah Kasim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Pembangunan, Pemecah Ombak, Hakisan, Pantai

Abstract

 

Pembangunan bukan sahaja berlaku di kawasam bandar dan penempatan malah melibatkan kawasan pinggir pantai bagi menjaga ekosistem pantai. Salah satu inisiatif pembinaan di kawasan pantai ialah pembinaan pemecah ombak (breakwater) yang berperanan melindungi pantai daripada kemusnahan alam sekitar seperti hakisan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis pemecah ombak yang sesuai mengikut tahap hakisan, menilai faktor pemilihan jenis pembinaan yang dapat mengurangkan kadar hakisan, dan mencadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pantai dalam jangka masa panjang. Kajian ini menggunakan data primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui kaedah kualitatif seperti temubual bersama responden yang terlibat iaitu kontraktor 2 orang, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 3 orang, serta membuat  tinjauan ke kawasan kajian untuk mendapatkan gambar yang berkaitan dengan kajian. Data sekunder diperoleh melalui kajian literatur daripada jurnal, artikel, akhbar dan bahan rujukan. Hasil kajian daripada temubual responden dan tinjauan mendapati jenis pemecah ombak yang sesuai dibina dengan tahap hakisan yang tinggi di pantai Kuala Terengganu ialah pemecah ombak muara iaitu jenis timbunan batu (Rubble Mound) dan Crasmet manakala untuk faktor pemilihan jenis pemecah ombak yang dapat mengurangkan kadar hakisan ialah keadaan ombak dan arus laut, kedalaman perairan, lokasi, kos, dan ketersediaan bahan, kesan alam sekitar, jangka hayat dan keperluan penyelenggaraan, estetik dan kegunaan tambahan dan cabaran teknikal bagi cadangan untuk penambahbaikan adalah dengan menggunakan lapisan batu pelindung, membuat kajian pelarasan susun atur jarak  pemecah ombak, penyelenggaraan berkala, reka bentuk hibrid, dan penggunaan drone. Oleh itu, diharap kajian ini dapat membantu menyelesaikan masalah hakisan di pantai Kuala Terengganu

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Safanjamal, S. N. S. ., Shareh Musa, S. M., Zainal, R., & Kasim, N. (2026). Kajian Pembangunan Pemecah Ombak di Pantai Kuala Terengganu. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 802-815. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23779