Kajian Pengurusan Sisa Pembinaan Terhadap Kontraktor di Terengganu
Keywords:
Customer satisfaction, Pembinaan, Pengrusan sisa, Sisa BinaanAbstract
Kajian ini menerangkan tentang kaedah pengurusan sisa pembinaan di kalangan kontraktor G4, G5, dan G6 di Terengganu, Malaysia. Dimana sektor pembinaan menyumbang secara signifikan kepada penghasilan sisa pepejal. Walaupun sektor ini penting dari segi ekonomi, pengurusan sisa pembinaan masih kurang berkesan dan tidak sistematik, yang menyebabkan cabaran dari segi alam sekitar dan operasi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah sedia ada yang digunakan oleh kontraktor dalam mengurus sisa pembinaan, mengenalpasti masalah serta mencadangkan kaedah yang lebih berkesan dan mesra alam yang sesuai dengan konteks tempatan Terengganu. Kaedah kualitatif digunakan dengan pengumpulan data melalui temubual separa berstruktur bersama 3 orang kontraktor berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan pegawai SWCorp. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun beberapa strategi pengurusan sisa seperti pengasingan di tapak, penggunaan semula bahan, sistem tong RORO dan pelupusan berlesen diamalkan, pelaksanaannya sering terhalang oleh kekangan kewangan, kurang pengetahuan, ruang tapak yang terhad dan kekurangan insentif dari pihak berkuasa. Kajian ini menekankan keperluan mendesak untuk penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap peraturan sedia ada, program kesedaran yang dipertingkatkan, serta sokongan yang lebih kukuh dari agensi kerajaan bagi menggalakkan pematuhan yang lebih baik. Selain itu, kajian mencadangkan pembangunan program latihan khusus dan insentif kewangan untuk memperkasakan kontraktor kecil dan sederhana agar mengamalkan pengurusan sisa yang sistematik dan lestari. Oleh itu, diharap kajian ini dapat membantu menyelesaikan masalah pengurusan sisa pembinaan yang di negeri Terengganu.



