Keberkesanan Pelaksanaan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dalam Projek Pembangunan Baharu

Authors

  • Mohammad Hafizh Bisri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hamidun Mohd Noh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hilyati Sabtu@Othman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), pembangunan baharu, sistem saliran lestari, banjir kilat, pengurusan air ribut

Abstract

Sistem saliran lestari amat penting dalam pembangunan baharu di Malaysia bagi mengurangkan risiko banjir dan kesan terhadap alam sekitar. Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) diperkenalkan sebagai panduan pengurusan air ribut secara mesra alam, namun pelaksanaannya masih menghadapi pelbagai cabaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti cabaran pelaksanaan MSMA dalam pembangunan baharu, menilai keberkesanannya dalam mengurangkan kejadian banjir, serta mencadangkan strategi penambahbaikan. Kaedah campuran digunakan melalui soal selidik dan temu bual separa berstruktur yang melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan penduduk kawasan kajian iaitu di Taman Pura Kencana dan Taman Mutiara Gading. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan MSMA masih belum mencapai tahap optimum disebabkan oleh kekangan kos, tahap kesedaran yang rendah, kelemahan penguatkuasaan serta kekangan teknikal reka bentuk. Walau bagaimanapun, MSMA didapati berkesan dalam mengurangkan kejadian banjir kilat melalui kawalan air larian permukaan apabila dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Beberapa strategi penambahbaikan seperti pengukuhan penguatkuasaan, peningkatan kesedaran serta penerapan teknologi hijau dicadangkan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan MSMA.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Bisri, M. H. ., Shareh Musa, S. M., Mohd Noh, H., & Sabtu@Othman, H. (2026). Keberkesanan Pelaksanaan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dalam Projek Pembangunan Baharu. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 773-786. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23777