Strategi Pemasaran yang digunakan oleh Ejen Hartanah di Kuala Terengganu

Authors

  • Rosmaisara Alokma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Khadijah Md Ariffin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Abdul Jalil Omar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sani Inusa Milala Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Strategi pemasaran, Ejen hartanah, Media sosial, Cabaran pemasaran

Abstract

Industri hartanah merupakan salah satu sektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, namun ejen hartanah di Kuala Terengganu berdepan pelbagai cabaran dalam melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi pemasaran yang digunakan oleh ejen hartanah serta meneliti cabaran utama yang dihadapi, dengan skop kajian tertumpu kepada ejen hartanah yang aktif di daerah Kuala Terengganu. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik dalam talian, dan data dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemasaran digital, khususnya penggunaan media sosial, merupakan strategi utama, namun keberkesanannya dipengaruhi oleh kekangan bajet, tahap literasi digital dan kepercayaan pelanggan. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi gambaran tentang amalan pemasaran hartanah dalam konteks tempatan dan mencadangkan kajian lanjutan dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif atau melibatkan kawasan lain bagi memperkukuh hasil kajian. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Alokma, R. ., Md Ariffin, K., Omar , A. J. ., & Sani Inusa Milala. (2026). Strategi Pemasaran yang digunakan oleh Ejen Hartanah di Kuala Terengganu. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 1010-1021. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23775