Analisis Penggunaan Platform Digital dalam Proses Jual Beli dan Penyewaan Hartanah Kajian Kes di Kuala Terengganu

Authors

  • Nurul Salsabila Mokhtar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Khadijah Md Ariffin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sani Inusa Milala Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Platform digital, hartanah, jual beli, sewaan

Abstract

Perkembangan pesat teknologi digital pada masa kini telah mengubah cara masyarkat menjalankan urusan harian termasuk dalam sektor hartanah. Penggunaan internet dan aplikasi mudah alih semakin meluas dalam proses jual beli serta penyewaan hartanah, menjadikan platform digital sebagai medium utama komunikasi dan transaksi. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan platform digital dalam proses jual beli dan penyewaan hartanah di negeri Terengganu. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis platform digital yang digunakan serta menganalisis cabaran utama penggunaan platform digital dalam proses jual beli dan penyewaan hartanah di Kuala Terengganu. Seiring dengan perkembangan teknologi, penggunaan internet dan aplikasi mudah alih telah mempengaruhi cara masyarakat menjalankan urusan hartanah. Platform digital seperti Mudah.my, iProperty, PropertyGuru dan media sosial kini menjadi saluran utama untuk mencari, mengiklankan, serta menjalankan urus niaga hartanah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, di manadata dikumpul melalui edaran borang soal selidik atas talian (Google Form) kepada ejen hartanah berdaftar yang terlibat dalam urusan jual beli dan penyewaan hartanah di sekitar negeri Terengganu. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) bagi mengenal pasti jenis platform digital, serta cabaran penggunaan platform digital. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden memilih platform digital seperti Mudah.my, PropertyGuru, iProperty dan media sosial kerana faktor kemudahan, penjimatan masa dan kebolehcapaian maklumat yang luas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Mokhtar, N. S., Md Ariffin, K., & Sani Inusa Milala. (2026). Analisis Penggunaan Platform Digital dalam Proses Jual Beli dan Penyewaan Hartanah Kajian Kes di Kuala Terengganu. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 996-1009. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23774