Faktor Pusing Ganti Pekerja di Syarikat Pengurusan Hartanah
Keywords:
Pusing ganti pekerja, Pengurusan hartanah, Pengurusan Sumber manusia, Strategi organisasiAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pusing ganti pekerja serta strategi yang akan diambil oleh syarikat pengurusan hartanah dalam usaha mengurangkannya. Kajian dijalankan di dua buah syarikat pengurusan hartanah yang beroperasi di Johor Bahru. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Bagi kaedah kuantitatif, soal selidik berstruktur diedarkan kepada pekerja bagi mengenal pasti faktor-faktor pusing ganti pekerja. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi untuk menentukan hubungan antara faktor-faktor tersebut dengan kadar pusing ganti. Kaedah kualitatif pula melibatkan temu bual separa berstruktur bersama pengurus sumber manusia, dan data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti corak dan tema berkaitan isu yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan bahawa pusing ganti pekerja dipengaruhi oleh empat faktor utama, iaitu faktor organisasi, faktor pekerjaan, faktor individu dan faktor luaran. Hasil analisis tematik mendapati bahawa terdapat empat strategi utama yang diamalkan oleh syarikat pengurusan hartanah, iaitu peningkatan kepuasan kerja, peluang pembangunan dan kemajuan kerjaya, penambahbaikan ganjaran dan faedah, serta pengukuhan hubungan dan komunikasi di tempat kerja. melibatkan saiz sampel yang lebih besar dan merangkumi lebih banyak syarikat pengurusan hartanah daripada pelbagai skala dan lokasi. Langkah ini dapat meningkatkan dapatan kajian dan memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang faktor pusing ganti pekerja dalam industri pengurusan hartanah di Malaysia.



