Kajian Perbandingan Tahap Pematuhan Peraturan Keselamatan antara Kontraktor G4 dan G7 di Kuala Lumpur

Authors

  • Fatimah Nur ’Alyaa’ Che Omar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hilyati Sabtu @ Othman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Norasmiha Mohd Nor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Norliana Sarpin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sulzakimin Mohamed Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Peraturan Keselamatan, Pematuhan, Industri Pembinaan

Abstract

Industri pembinaan di Malaysia menghadapi cabaran dalam memastikan tahap pematuhan keselamatan di tapak projek, terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Isu ini menekankan keperluan untuk menilai sejauh mana kontraktor mematuhi peraturan keselamatan dan implikasinya terhadap prestasi projek. Kajian ini bertujuan membandingkan tahap pematuhan keselamatan antara kontraktor G4 dan G7, menilai kesannya terhadap tempoh siap projek, serta mengenal pasti strategi penambahbaikan yang disokong oleh responden. Pendekatan kuantitatif digunakan melalui pengedaran soal selidik kepada 200 responden yang terdiri daripada Jurutera Residen, Penolong Jurutera Residen, dan Jurutera Tapak. Data dianalisis menggunakan SPSS bagi menghasilkan analisis deskriptif yang menyokong objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan G7 mempunyai purata pematuhan keselamatan yang lebih tinggi dan konsisten berbanding G4, walaupun G4 menunjukkan pematuhan lebih baik dalam aspek asas seperti penggunaan topi keselamatan. Projek dengan tahap pematuhan keselamatan lebih tinggi cenderung mengalami penangguhan lebih rendah, khususnya melalui pemantauan risiko tapak secara berkala. Beberapa strategi penambahbaikan dicadangkan, termasuk latihan keselamatan berkala, audit dalaman, dan peningkatan pengawasan tapak, bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan kelancaran projek. Kesimpulannya, pematuhan keselamatan yang sistematik bukan sahaja meningkatkan prestasi keselamatan di tapak, malah menyokong pengurusan projek lebih efisien. Kajian ini juga menyediakan asas untuk penyelidikan masa depan menilai faktor lain seperti kos projek, jenis kontraktor, dan saiz projek bagi memperkukuh prestasi keselamatan dalam industri pembinaan Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Che Omar, F. N. ’Alyaa’ ., SABTU, H., Mohd Nor, N., Sarpin, N., & Mohamed, S. (2026). Kajian Perbandingan Tahap Pematuhan Peraturan Keselamatan antara Kontraktor G4 dan G7 di Kuala Lumpur. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 745-758. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23771