Kajian Pengurusan Logistik bagi Projek Bangunan Tinggi di Kawasan Bandar
Keywords:
Bangunan tinggi, kawasan bandar, logistik, projekAbstract
Pertumbuhan pesat populasi bandar telah meningkatkan permintaan terhadap pembinaan bangunan tinggi di kawasan bandar yang padat, sekali gus menimbulkan cabaran dalam pengurusan logistik seperti kekangan ruang tapak, kesesakan lalu lintas dan risiko keselamatan pekerja. Kajian ini bertujuan mengkaji pengurusan logistik bagi projek bangunan tinggi di kawasan bandar dengan mengenal pasti masalah utama, menganalisis kaedah sedia ada dan mencadangkan penambahbaikan. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik ke atas kontraktor G7 di Selangor, dengan 106 responden daripada 331 sampel yang diedarkan iaitu sebanyak 32%. Data dianalisis menggunakan SPSS dan menunjukkan tahap pemahaman yang berbeza dalam kalangan kontraktor. Antaranya ialah Penghantaran bahan binaan lewat jejaskan jadual kerja mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.51 dengan sisihan piawai 0.502, CCC bantu susun atur bahan lebih sistematik dengan nilai min sebanyak 4.36 dan sisihan piawai sebanyak 0.503 dan BIM menyediakan model 3D tingkatkan kecekapan logistik dengan nilai min sebanyak 4.49 yang berada pada kedudukan pertama dengan sisihan piawai yang dicatat sebanyak 0.589. Kesimpulannya, pengurusan logistik yang terancang dan sistematik bukan sahaja penting untuk kelancaran projek pembinaan, malah menjadi aspek utama dalam memastikan keselamatan pekerja di kawasan projek bangunan tinggi di bandar.



