Penggunaan Sistem Kedudukan Global (GPS) pada Topi Keselamatan untuk Meningkatkan Tahap Keselamatan Pekerja di Tapak Bina

Authors

  • Mohammad Shahzurul Hisyam Hasanudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Narimah Kasim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

GPS, keselamatan, pekerja, tapak bina, topi keselamatan

Abstract

Abstrak Penggunaan sistem kedudukan global (GPS) pada topi keselamatan untuk meningkatkan tahap keselamatan pekerja di tapak bina sememangnya banyak mendatangkan manfaat kepada industri pembinaan. Hal ini kerana terdapat banyak isu kemalangan seperti kemalangan di tapak bina menyebabkan kecederaan dan kematian. Dengan ada teknologi canggih ia sememangnya sangat diperlukan bagi mengatasi segala masalah yang dihadapi industri pembinaan pada masa kini. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah menggunakan GPS pada topi keselamatan untuk meningkatkan tahap keselamatan pekerja di tapak bina. Selain itu, objektif kajian terdiri daripada tiga objektif. Antaranya ialah mengkaji potensi penggunaan GPS pada topi keselamatan, mengenalpasti cabaran GPS pada topi keselamatan dan menganalisis syarat-syarat GPS pada topi keselamatan untuk meningkatkan tahap keselamatan pekerja di tapak bina. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif bagi pengumpulan data primer dan mengedarkan borang soal selidik. Responden kajian ini terdiri daripada syarikat pembinaan G7 di negeri Selangor. Pengumpulan data sekunder diambil dari maklumat-maklumat pembacaan buku, jurnal, internet dan lain-lain. Kadar sampel yang diedarkan kepada Syarikat G7 adalah 331 dan kadar maklum balas yang dapat adalah 109 responden dengan kadar 32%. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) bagi memperolehi maklumat seperti peratusan, min dan purata. Hasil kajian mendapati kontraktor G7 di Selangor mempunyai tahap pemahaman yang berbeza. Pelaksanaan mungkin terhalang oleh cabaran dan syarat-syarat penggunaan GPS. Daripada hasil kajian juga terdapat tiga min yang tertinggi mengikut objektif. Antaranya ialah GPS dapat memberikan amaran awal dengan nilai min sebanyak 4.94 dengan kadar peratus 0.377, kos permulaan teknologi GPS tinggi nilai min sebanyak 4.92 dengan kadar peratusan 0.277 dan pekerja perlu bersedia mengaplikasikan GPS nilai min adalah 4.96 dengan kadar peratus sebanyak 0.189. Kesimpulannya, impak kajian ini kepada industri pembinaan ialah dapat mengurangkan kemalangan dan kematian di tapak bina.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Hasanudin, M. S. H. ., & Kasim, N. (2026). Penggunaan Sistem Kedudukan Global (GPS) pada Topi Keselamatan untuk Meningkatkan Tahap Keselamatan Pekerja di Tapak Bina. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 683-699. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23767