Tahap Kesedaran Kontraktor terhadap Kepentingan Polisi Insurans sebagai Langkah Mengurangkan Risiko dalam Industri Pembinaan

Authors

  • Muhd Amirul Hakim Zamzam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Haryati Shafii Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Azlina Md Yassin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Haidaliza Masram Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Zailawati Khalid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Norliana Sarpin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Insuran Pembinaan, Pemindahan Risiko, Pengurusan Risiko, Kesedaran Kontraktor

Abstract

Insurans pembinaan merupakan mekanisme pemindahan risiko yang penting untuk mengurangkan impak kewangan akibat kemalangan, kerosakan harta benda serta tuntutan liabiliti pihak ketiga dalam pelaksanaan projek pembinaan. Walaubagaimanapun, masih terdapat sebilangan kontraktor yang melihat pengambilan polisi insurans sebagai beban kos berbanding keperluan strategik pengurusan risiko. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kesedaran kontraktor terhadap kepentingan polisi insurans pembinaan sebagai langkah mengurangkan risiko dalam industri pembinaan, menilai faktor-faktor yang menyumbang kepada kesedaran tersebut, serta mencadangkan strategi yang berkesan untuk meningkatkannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik dan mengukur menggunakan skala Likert empat mata. Kajian ini melibatkan kontraktor G3 yang beroperadi di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Data dianalisis menggunakan SPSS melalui statistik deskriptif serta korelasi. Sampel kajian ini adalah 33 orang responden. Tinjaun dijalankan menggunakan pautan QR dan diedarkan secara email dan Whatsapp. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran responden terhadap insuran pembinaan berada dari tahap rendah hingga sederhana yang meliputi pengetahuan umum, kefahaman polisi, sikap, tingkah laku dan kesediaan mengambil tindakan. Ini menunjukkan amalan pembelian insurans dalam kalangan kontraktor pembinaan untuk keselamatan “ada” tetapi belum disokong sepenuhnya oleh kefahaman dan kesediaan yang proaktif. Faktor penyumbang seperti syarat tender/kontrak diikuti kos pampasan serta risiko liabiliti paling mempengaruhi kesedaran kontraktor, yang jelas menunjukkan dorongan utama bersifat mendesak dan berkait dengan kewangan. Bagi strategi peningkatan pula, responden paling bersetuju terhadap penggunaan teknologi, kerjasama syarikat insurans/perunding dan program latihan, mencadangkan pendekatan memudah cara dan sokongan profesional lebih berpotensi menukar kesedaran kepada pematuhan yang konsisten. Kesimpulannya, kajian ini menekankan intervensi bersepadu perlu dijalankan melalui teknologi, latihan dan kerjasama industri bagi memperkukuh pematuhan polisi insurans pembinaan dalam kalangan kontraktor sebagai strategi pengurangan risiko.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Zamzam, M. A. H. ., Shafii, H., Md Yassin, A., Masram, H., Khalid, Z., & Sarpin, N. (2026). Tahap Kesedaran Kontraktor terhadap Kepentingan Polisi Insurans sebagai Langkah Mengurangkan Risiko dalam Industri Pembinaan. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 650-665. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23762