Kesiapsiagaan Hospital: Gangguan Bekalan Elektrik dalam Sistem Perkhidmatan Bangunan

Authors

  • Aina Mardia Sallehuddin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ainnureen Shafina Kamarudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sulzakimin Mohamed Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Norliana Sarpin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kesiapsiagaan , Gangguan Bekalan Elektrik , sistem tenaga sandaran

Abstract

Sistem bekalan elektrik merupakan komponen kritikal dalam memastikan kelangsungan operasi dan keselamatan pesakit di hospital. Gangguan bekalan elektrik berpotensi menjejaskan perkhidmatan kesihatan terutamanya di unit rawatan kritikal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti punca utama yang menyumbang kepada gangguan bekalan elektrik serta menganalisis tahap kesiapsiagaan dan strategi yang dilaksanakan oleh pihak hospital dalam menghadapinya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual separa berstruktur melibatkan empat orang responden utama iaitu pengurus hospital, pengurus fasiliti, jurutera dan juruteknik serta maklumat yang diperoleh daripada responden disokong oleh kajian literatur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa punca gangguan bekalan elektrik adalah disebabkan oleh penyelenggaraan yang tidak berkala, masalah sistem pengagihan, bencana alam serta pengiraan beban elektrik yang tidak tepat. Antara strategi yang dikenal pasti termasuk penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui, pematuhan kepada standard dan peraturan, penggunaan sistem pengurusan tenaga serta pelaksanaan audit dan pengurusan risiko secara berkala. Kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan kesiapsiagaan hospital dalam memastikan operasi berjalan secara berterusan dan selamat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Sallehuddin, A. M., Kamarudin, A. S. ., Mohamed, S. ., & Sarpin, N. (2026). Kesiapsiagaan Hospital: Gangguan Bekalan Elektrik dalam Sistem Perkhidmatan Bangunan. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 617-639. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23760