Implimentasi Teknologi Sensor di Bangunan Komersial Pulau Pinang

Authors

  • Aina Mardia Sallehuddin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohamad Faris Abdullah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hilyati Sabtu@Othman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Zailawati Khalid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Penyelenggaraan, Bangunan Komersial, Teknologi Sensor

Abstract

Kajian ini meneliti penggunaan teknologi sensor dalam penyelenggaraan bangunan komersial di Pulau Pinang yang masih rendah meskipun terbukti berkesan dalam meningkatkan kecekapan operasi, menjimatkan tenaga dan mengurangkan kos jangka panjang. Teknologi sensor membolehkan pemantauan masa nyata dan pelaksanaan penyelenggaraan prediktif yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada pendekatan reaktif tradisional. Namun, antara masalah utama yang dikenal pasti termasuk kos permulaan yang tinggi, kekurangan tenaga mahir tempatan dalam bidang sistem pintar dan Internet of Things (IoT), serta isu ketidakserasian antara sistem daripada pelbagai vendor. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis cabaran pelaksanaan, mengenal pasti kaedah penggunaan, serta mengkaji manfaat teknologi sensor dalam perkhidmatan penyelenggaraan bangunan komersial. Skop kajian tertumpu kepada bangunan komersial di Pulau Pinang yang menggunakan sistem teknologi sensor, melibatkan pengurus fasiliti, penyelia bangunan dan juruteknik sebagai responden yang terlibat secara langsung dalam operasi harian penyelenggaraan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur, di mana data dianalisis menggunakan kaedah tematik untuk mengenal pasti pola, cabaran dan peluang berkaitan pelaksanaan teknologi sensor. Kajian ini penting kerana dapat menyumbang kepada pemahaman praktikal dalam bidang pengurusan fasiliti serta membantu pihak industri, pembuat dasar dan akademik dalam merangka strategi pelaksanaan teknologi sensor yang lebih berkesan. Hasil kajian ini juga dijangka menyokong agenda pembangunan bandar pintar dan amalan penyelenggaraan mampan dalam industri pembinaan di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Sallehuddin, A. M., Abdullah, M. F., Sabtu@Othman, H., & Khalid, Z. (2026). Implimentasi Teknologi Sensor di Bangunan Komersial Pulau Pinang. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 607-616. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23759