Penggunaan Teknologi Dron dalam Pemantauan Keselamatan Projek Bangunan Tinggi di Negeri Johor
Keywords:
teknologi dron, bangunan tinggi, pemantauan keselamatan, cabaran, masalahAbstract
Industri pembinaan merupakan salah satu sektor utama yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, namun ia juga dikenal pasti sebagai sektor berisiko tinggi dengan kadar kemalangan yang tinggi, terutamanya di tapak projek bangunan bertingkat tinggi, justeru teknologi dron dilihat berpotensi sebagai alat pemantauan keselamatan yang berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran, mengenal pasti masalah, serta mencadangkan strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi dron dalam pemantauan keselamatan di projek bangunan tinggi yang melibatkan kontraktor G7 di negeri Johor. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur bersama pengurus projek dan jurutera dron, manakala data sekunder diperoleh daripada buku, jurnal dan sumber rujukan berkaitan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknologi dron mempunyai potensi yang signifikan dalam meningkatkan keberkesanan pemantauan keselamatan, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kekangan teknikal, kos pelaksanaan, keperluan kemahiran khusus, serta kekangan peraturan. Oleh itu, kajian ini merumuskan bahawa keseluruhan dapatan berdasarkan tiga objektif utama kajian telah berjaya dicapai. Kajian ini menyediakan pandangan yang berguna dan mencadangkan beberapa strategi yang berpotensi membantu industri pembinaan memperluaskan penggunaan teknologi dron bagi meningkatkan prestasi keselamatan di tapak pembinaan bangunan tinggi pada masa hadapan.



