Kesihatan Mental Pekerja Binaan Profesional Binaan di Tapak Bina Mengikut Perspektif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)

Authors

  • Nurdayana Dania Norhisham Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Rozlin Zainal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Narimah Kasim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kesihatan mental, Ketidaksejahteraan, OSH, Pekerja Profesional Binaan, Tapak Bina

Abstract

Kesihatan mental merupakan aspek penting dalam memastikan kesejahteraan individu serta prestasi kerja yang berkesan, khususnya dalam kalangnan pekerja profesional binaan yang terdedah kepada tekanan kerja yang tinggi dan persekitaran tapak bina yang kompleks serta berisiko. Walaupun isu ini berkait rapat dengan keselamatan produktiviti dan kualiti pelaksanaan projek, tahap kesedaran serta pelaksanaan sokongan kesihatan mental dalam industri pembinaan di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor seperti beban kerja berlebihan, tekanan psikososial, perubahan cuaca yang ekstrem, kekurangan sokongan sosial dan tuntutan tugas yang ketat berpontesi menyumbang kepada ketidaksejahteraan mental serta menjejaskan prestasi kerja. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental dalam kalangan pekerja profesional binaan, menentukan afktor utama yang menyumbang kepada ketidaksejahteraan kesihatan mental aerta menganalisis hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik berstruktur kepada pekerja profesional konraktor G7 yang terlibat dalam projek pembinaan aktif di Johor dengan kadar maklum balas sebanyak 69 peratus. Data dianalisis menggunakan analisis min, kekerapan dan korelasi Spearman melalui perisian SPSS. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kesihatan mental responden secara keseluruhan adalah tinggi dengan simptom kemurungan, kebimbangan dan tekanan berada pada tahap sangat rendah atau tidak signifikan. Walau bagaimanapun faktor utama ketidaksejahteraan mental yang dikenal pasti ialah kekurangan sokongan majikan berbanding tekanan fizikal atau beban kerja. Analisis hubungan menunjukkan korelasi yang sangat lemah hingga lemah antara tahap kesihatan mental dan faktor penyumbang, namun terdapat korelasi sederhana bagi aspek sokongan psikososial. Secara keseluruhan, kajian ini menyimpul bahawa walaupun tahap kesihatan mental pekerja profesional binaan adalah baik, aspek sokongan organisasi dan psikososial perlu dipertingkatkan bagi memastikan kesejahteraan berterusan, sekali gus menyumbang kepada amalan kerja yang lebih mampan  serta penambaikan garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Norhisham, N. D. ., Zainal, R., & Kasim, N. (2026). Kesihatan Mental Pekerja Binaan Profesional Binaan di Tapak Bina Mengikut Perspektif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH). Research in Management of Technology and Business, 7(1), 388-410. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23729