Kajian Pelaksanaan Halatuju Specific, Measurable, Achievable, Relevant and Time Bound (SMART) bagi Pengurusan Projek Pembinaan

Authors

  • Wan Roslinda Wan Samsuddin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Rozlin Zainal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Fasa pelaksanaan, Halatuju, Kontraktor, SMART, Pengurusan projek, Pembinaan

Abstract

Pengurusan projek pembinaan yang berkesan menuntut perancangan yang sistematik, pengurusan risiko yang berkesan serta komunikasi yang jelas bagi memastikan pencapaian sasaran masa, kos dan kualiti. Prinsip SMART (Specific, Measurable, Achievable, Relevant dan Time-bound) digunakan secara meluas sebagai rangka kerja penetapan objektif projek kerana keupayaannya memperjelas sasaran dan menyokong pemantauan prestasi secara berstruktur. Walau bagaimanapun, prinsip SMART sering terhalang oleh objektif yang tidak spesifik, sukar diukur, kurang realistik dan tempoh masa yang tidak jelas, sekali gus menyukarkan pemantauan prestasi serta hala tuju projek. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti cabaran utama pelaksanaan halatuju SMART, mengenal pasti strategi yang berkesan, serta menganalisis hubungan antara cabaran dan strategi dalam pengurusan projek pembinaan. Pendekatan kuantitatif digunakan melalui pengedaran borang soal selidik kepada pengurus projek syarikat kontraktor Gred 7 di daerah Batu Pahat, Johor. Kadar maklum balas yang diterima adalah tinggi iaitu 86.36%, sekaligus menunjukkan kebolehpercayaan data kajian. Analisis statistik deskriptif dan korelasi Spearman digunakan untuk mencapai objektif kajian. Dapatan menunjukkan bahawa perancangan lemah, penentangan terhadap penggunaan teknologi dan sumber data terhad merupakan cabaran paling dominan dalam pelaksanaan SMART. Dari sudut strategi, komunikasi bersepadu, latihan bersama ‘champion’ dan penetapan kejelasan KPI dikenal pasti sebagai strategi paling signifikan. Analisis korelasi menunjukkan hubungan antara cabaran dan strategi secara umumnya adalah lemah tetapi berarah positif, menandakan potensi penambahbaikan pelaksanaan SMART. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada industri pembinaan dengan menyediakan panduan empirikal untuk membantu kontraktor dan pengurus projek memperkukuh pelaksanaan halatuju SMART secara lebih praktikal, sistematik dan selari dengan keperluan projek pembinaan semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Wan Samsuddin, W. R., Zainal, R., & Shareh Musa, S. M. (2026). Kajian Pelaksanaan Halatuju Specific, Measurable, Achievable, Relevant and Time Bound (SMART) bagi Pengurusan Projek Pembinaan. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 367-387. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/23728