Implikasi Pembinaan Lebuh Raya Terhadap Sosioekonomi Komuniti: Tinjauan Perspektif Global dan Malaysia
Keywords:
Pembinaan lebuh raya, sosieokonomi komuniti, impak ekonomi, impak sosialAbstract
Pembinaan lebuh raya merupakan antara strategi pembangunan infrastruktur utama yang berperanan sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi sesebuah negara. Artikel ini bertujuan menganalisis implikasi pembinaan lebuh raya terhadap sosioekonomi komuniti berdasarkan sorotan literatur daripada persepektif global dan Malaysia. Metodologi kajian menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap sumber sekunder yang merangkumi artikel jurnal, laporan jurnal, buku dan kajian kes terdahulu. Dapatan sorotan literatur menunjukkan bahawa pembinaan lebuh raya memberi kesan signifikan terhadap aspek ekonomi komuniti melalui peningkatan aktiviti pernigaaan, pelaburan, pembangunan spatial serta kewujudan peluang pekerjaan, khususnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Dari sudut sosial, lebuh raya didapati meningkatkan tahap kebolehcapaian, mobiliti penduduk dan akses kepada kemudahan asas, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti hidu. Walau bagaimanapun, pembangunan lebuh raya turut membawa implikasi negatif seperti kehilangan sumber pendapatan, isu penempatan semula, ketidakadilan pampasan serta gangguan terhadap struktur sosial komuniti terkesan. Kesimpulannya, implikasi pembinaan lebuh raya terhadap sosioekonomi komuniti adalah bersifat dua hala dan kompleks, justeru memerlukan perancangan pembangunan yang bersepadu dan berteraskan keadilan sosial bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara mampan.



