Keberkesanan Penggunaan Sistem Saliran Mesra Alam di Tapak Bina

Authors

  • Nur Anis Safiyya Rusli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Rozlin Zainal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Hilmi Izwan Abd Rahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), Tapak Pembinaan, Masalah Banjir, Air Larian Permukaan, Saiz Saliran

Abstract

Abstrak

Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) ditubuhkan untuk mengurangkan kejadian banjir dengan pendekatan mesra alam. Sistem saliran yang tidak terancang serta tidak diselenggara dengan sempurna menjadi antara punca banjir kilat kerap melanda. Permasalahan kajian ini ialah sistem saliran yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah taburan hujan yang luar biasa disesuatu kawasan. Kajian ini terdiri daripada tiga objektif iaitu mengenalpasti syarat-syarat pembinaan sistem saliran mesra alam di tapak bina, mengenal pasti faktor-faktor pembinaan sistem saliran mesra alam di tapak bina, serta mengkaji kesan ketidakpatuhan penggunaan sistem saliran mesra alam di tapak bina. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan sistem saliran yang digunapakai semasa fasa pembinaan bagi mengelakkan banjir kilat dan air larian permukaan. Bagi melengkapkan kajian ini, kaedah yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu temubual dan menjalankan tinjauan berkaitan sistem saliran yang digunakan di kawasan tapak pembinaan. Temubual dilakukan terhadap responden seperti pihak kontraktor dan pihak berkuasa tempatan. Kaedah tinjauan dilakukan bagi melihat sistem saliran yang digunakan semasa proses pembinaan adakah sesuai dan mengikut syarat yang ditetapkan. Masalah yang sering berlaku disebabkan oleh sistem saliran yang tidak mematuhi piawaian, standard dan saiz saliran yang ditetapkan adalah seperti saliran tersumbat akibat tidak dapat menampung kapasiti air hujan apabila berlaku hujan lebat. Oleh itu, penambahbaikan yang dipilih adalah dengan membina Sistem Saliran Bandar Mampan (SuDS), kolam takungan, kolam resapan dan pembersihan sistem saliran secara kerap. Kesimpulannya, diharapkan agar kajian ini dapat melibatkan kesemua pihak supaya memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kebersihan sistem saliran terjaga agar masalah banjir dan air larian permukaan dapat dikurangkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-06-2026

Issue

Section

Article

How to Cite

Rusli, N. A. S., Shareh Musa, S. M., Zainal, R., & Abd Rahim, M. H. I. (2026). Keberkesanan Penggunaan Sistem Saliran Mesra Alam di Tapak Bina. Research in Management of Technology and Business, 7(1), 353-366. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/21825