Analisis Kecenderungan Pelajar Terhadap Kediaman Luar Kampus

Authors

  • Fatin Diyanah Hamdan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Azlina Md Yassin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Haryati Shafii Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Haidaliza Masram Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Yamani Yahya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Faktor, Kediaman luar kampus, Pelajar, Strategi

Abstract

Dewasa ini, isu-isu berkaitan pelajar universiti menjadi semakin kritikal, dan tidak terkecuali isu-isu berkaitan rumah sewa atau penginapan luar kampus.Isu berkaitan kos sewa kediaman yang meningkat dan isu sosial pelajar kediaman luar kampus juga menjadi perkara yang perlu divberikan perhatian oleh masyarakat dan universiti khasnya. Hal ini boleh menjejaskan tahap kesejahteraan pelajar dan memberi impak negatif terhadap prestasi pelajar. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar universiti cederung untuk menyewa di luar kampus, dan mengkaji strategi yang boleh diambil bagi meningkatkan kecenderungan pelajar UTHM untuk menyewa di kediaman asrama pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di sepanjang proses penyelidikan, dan skop kajian tertumpu kepada pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang menyewa di luar kampus. Dapatan kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik yang diedarkan keapda 100 responden yang merupakan pelajar luar kampus UTHM.  data yang diperolehi seterusnya dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan akses terhadap kemudahan menjadi faktor utama yang mendorong pelajar menyewa di luar kampus berbanding tinggal di asrama atau kolej kediaman. tambahan lagi, penilaian kualiti berterusan menjadi atara strategi yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan kolej kediaman bagi menarik minat pelajar tinggal didalam kampus. Diharapkan kajian ini akan menjadi penanda aras kepada kolej kediaman dalam kampus untuk menambahbaik fasiliti kediaman untuk keselesaan pelajar kolej.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Hamdan, F. D. ., Md Yassin, A., Shafii, H. ., Masram, H. ., & Yahya, M. Y. (2025). Analisis Kecenderungan Pelajar Terhadap Kediaman Luar Kampus. Research in Management of Technology and Business, 6(2), 915-925. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/21759