Impak Penanaman Cerucuk Pembinaan Jalan Raya Terhadap Struktur Bangunan dan Persekitaran : Kajian Kes di Bentong, Pahang
Keywords:
Penanaman Cerucuk, Jalan Raya, Struktur bangunan dan persekitaranAbstract
Aktiviti penanaman cerucuk bagi pembinaan jalan raya dikhuatiri boleh memberi impak terhadap struktur bangunan seperti dinding, rasuk, tiang, lantai, dan bumbung rumah peunduduk berhampiran. Objektif kajian adalah menganalisis hubungan antara tempat tinggal dengan impak penanaman cerucuk terhadap struktur bangunan serta persekitaran dan mengenalpasti langkah yang boleh diambil oleh pihak kontraktor untuk mengurangkan impak. Metodologi kajian adalah kaedah kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara impak penanaman cerucuk dengan elemen struktur. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan signifikan pada tahap 0.01 antara aktiviti penanaman cerucuk dan elemen struktur. Korelasi yang kuat diperhatikan pada dinding (r = 0.918), lantai (r = 0.932), dan rasuk (r = 0.874). Manakala korelasi paling rendah tetapi signifikan adalah antara bumbung dan penurunan tanah (r = 0.676). Penemuan ini menunjukkan keperluan untuk langkah mitigasi berkesan bagi mengurangkan kerosakan struktur, seperti pemantauan getaran secara berkala dan pemilihan kaedah cerucuk yang sesuai. Kesimpulannya, penanaman cerucuk memberikan impak yang agak ketara kepada struktur bangunan dan persekitaran.



