Hubungan Motivasi dan Prestasi Kakitangan Akademik di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Authors

  • Nurul Syaqirah Mohd Yusop Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Ammar Shafi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

motivasi, prestasi kakitangan akademik, motivasi instrinsik, motivasi ekstrinsik

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik hubungan antara motivasi dan prestasi kakitangan akademik di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Penyelidikan ini memfokuskan kepada elemen motivasi intrinsik seperti pengiktirafan dan peningkatan peribadi, serta motivasi ekstrinsik seperti sokongan organisasi dan ganjaran kewangan, yang mempengaruhi prestasi kerja kakitangan akademik. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan data diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada 322 kakitangan akademik dari pelbagai fakulti di UTAR. Soal selidik ini direka menggunakan skala Likert lima mata untuk mengukur tahap motivasi dan prestasi. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara motivasi dan prestasi kakitangan akademik. Motivasi intrinsik memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi, manakala motivasi ekstrinsik turut menyumbang kepada produktiviti yang lebih tinggi. Penemuan ini menekankan kepentingan memahami faktor-faktor yang memotivasi kakitangan akademik untuk meningkatkan keberkesanan organisasi. Kajian ini memberi implikasi penting kepada institusi pengajian tinggi, khususnya dalam merangka strategi yang menyokong kesejahteraan dan prestasi kakitangan akademik. Dengan mencipta persekitaran kerja yang kondusif, produktif, dan menyokong kecemerlangan akademik, institusi dapat meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran, serta pencapaian pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Mohd Yusop, N. S., & Shafi, M. A. (2025). Hubungan Motivasi dan Prestasi Kakitangan Akademik di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Research in Management of Technology and Business, 6(2), 349-358. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/21666