Hubungan antara Kegunaan ChatGPT dengan Prestasi Penyelidikan Pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Authors

  • Nur Shafiekah Izzaty Azman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Ammar Shafi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Kecerdasan buatan (AI), ChatGPT, prestasi penyelidikan, pensyarah

Abstract

Penciptaan dan evolusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI), dilihat mampu menjadi alat penyelidikan yang berguna kepada bagi para pendidik khususnya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Semua pensyarah di IPT dijangka boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti penyelidikan sedia ada secara intensif disebabkan perkembangan teknologi AI ketika ini. Oleh itu, pengkaji ingin mengetahui sejauh mana penggunaan teknologi AI iaitu ChatGPT kepada para pensyarah dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti penyelidikan khususnya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan menfokuskan 3 objektif utama iaitu untuk mengenal pasti tahap penggunaan ChatGPT dalam kalangan pensyarah, untuk mengenalpasti tahap prestasi penyelidikan pensyarah serta untuk mengenal pasti hubungan antara penggunaan ChatGPT dengan prestasi penyelidikan pensyarah di UTHM. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada golongan pensyarah di UTHM seramai 291 orang. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan menggunakan borang soal selidik kepada semua pensyarah di UTHM bagi mengumpul data mengenai tahap penggunaan dan bagaimana penggunaan ChatGPT tersebut membantu dalam meningkatkan prestasi penyelidikan mereka. Data yang ada akan digunakan oleh pengkaji dan menggunakan teknik statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisis sejauh mana penggunaan ChatGPT menyumbang kepada prestasi penyelidikan. Hasil penyelidikan seharusnya dapat menukar tanggapan negatif orang ramai tentang penggunaan ChatGPT dalam penyelidikan dan dapat menyokong usaha UTHM untuk meningkatkan lagi prestasi penyelidikan mereka.  adalah wajib. Ayat pertama menerangkan sifat atau maklumat latar belakang dalam bidang kajian. Ayat-ayat berikutnya menyediakan pernyataan masalah atau objektif dan skop penyelidikan. Ayat-ayat seterusnya menjelaskan kaedah dan bahan yang digunakan dalam kerja penyelidikan. Keputusan utama dan penemuan penting kemudian ditekankan. Akhirnya, ringkasan kesimpulan dipersembahkan. Panjang abstrak boleh berkaitan dengan panjang artikel.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Article

How to Cite

Izzaty Azman, N. S., & Shafi, M. A. (2025). Hubungan antara Kegunaan ChatGPT dengan Prestasi Penyelidikan Pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Research in Management of Technology and Business, 6(2), 239-248. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/21657